Komen Bangga Tunku Ismail Lihat JDT Benam Sanfrecce Hiroshima
MakanBola
Johor Southern Tigers

Pemilik Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Tunku Ismail meninggalkan komen yang cukup istimewa sebaik pasukan Harimau Selatan menewaskan Sanfrecce Hiroshima dalam aksi AFC Champions League Elite (ACLE).

Kemenangan cukup manis buat pasukan JDT apabila berjaya menewaskan kelab gergasi Jepun, Sanfrecce Hiroshima 3-1 sebagai bekalan menjelang perlawanan timbal balik kedua di tempat lawan.

Ager Aketxe, Bergson dan Marcos Guilherme masing-masing mencatat nama sebagai penjaring pada perlawanan tersebut sekali gus menceriakan lebih 30,000 penonton yang hadir ke Stadium Sultan Ibrahim.

Kejayaan hebat ini sudah pasti menjadi detik istimewa buat penyokong, pemain dan Pemilik Kelab, DYAM Tunku Ismail yang sempat meninggalkan sebuah komen di laman media sosial.

Komen Baginda tersebut menzahirkan kebanggaan terhadap pasukan, tetapi memberi peringatan bahawa perjalanan JDT di pentas Asia ini masih panjang dan cabaran belum berakhir.

”Masih jauh lagi perjalanan yang perlu ditempuh. Bangga dengan pasukan, tetapi ini baru separuh masa,” tulis DYAM Tunku Ismail di ruangan komen Johor Southern Tigers.

Komen Tunku Ismail 5 Komen Bangga Tunku Ismail Lihat JDT Benam Sanfrecce Hiroshima
Instagram Johor Southern Tigers

Masih berbaki 90 minit sebelum JDT melakar sejarah baharu dengan mara ke pusingan suku akhir ACLE buat kali pertama sekali gus membawa cabaran hebat selaku wakil tunggal dari Malaysia.

Aksi timbal balik kedua antara Sanfrecce Hiroshima vs JDT ini nanti bakal berlangsung di Edion Peace Wing Hiroshima pada Rabu, 11 Mac dengan sepak mula tepat jam 6 petang.