Kontrak Robinho Ditamatkan Hanya Selepas 7 Hari
Dunia
Advertisements

Santos dan Robinho bersetuju untuk menamatkan kontrak selepas kelab bola sepak Brazil itu menerima tekanan berhubung kesalahan merogol seorang wanita di Itali pada 2013 yang dilakukan pemain itu ketika beraksi bersama Milan.

Robinho sebelum ini menandatangani kontrak 36 bulan bersama Santos, kelab yang pernah diwakilinya semasa permulaan kareer sebelum berhijrah ke Real Madrid.

“Kelab Bolasepak Santos dan Robinho mengumumkan berdasarkan persetujuan bersama, kelab memutuskan untuk menamatkan kontraknya yang ditandatangani pada 10 Oktober.

Advertisements

“Ia bagi membolehkan pemain itu menumpukan kepada proses pembelaan kes yang berlaku di Itali,” kata kelab itu dalam satu kenyataan di Twitter.

“Dengan berat hati saya ingin memberitahu anda bahawa saya sudah mengambil keputusan bersama bersama presiden untuk menamatkan kontrak dalam tempoh sukar ini,” kata Robinho, 36.

“Matlamat saya adalah untuk membantu Santos. Sekiranya kehadiran saya mencetuskan gangguan, adalah lebih baik saya tinggalkan kelab dan menguruskan hal peribadi saya,” katanya.

Advertisements

Robinho dan Santos sebelum ini menerima tekanan daripada kumpulan hak asasi wanita, penyokong dan media selepas Mahkamah Itali pada 2017 menjatuhkan hukuman penjara 9 tahun di atas kesalahan merogol.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram