Advertisements
Korea Masters: Goh Sze Fei-Izzuddin Terkandas Di Suku Akhir
UltraSukan
UltraSukan
BA Malaysia

Hajat regu lelaki Malaysia, Goh Sze Fei-Izzuddin Rumsani untuk mara ke separuh akhir Korea Masters 2023 tidak kesampaian hari ini.

Ini selepas kemaraan mereka disekat pilihan utama kejohanan, Kang Min-hyuk dan Seo Seung-jae di pentas suku akhir tadi.

Pertemuan dua regu ini dianggap seimbang dengan kedua-duanya menang sekali daripada dua pertemuan sebelum ini.

Set pertama menyaksikan regu negara cuba memberi tentangan sengit kepada Min-hyuk-Seung-jae.

Bagaimanapun, regu Korea Selatan itu membuktikan status mereka sebagai regu nombor enam dunia dengan meraih kemenangan 21-18 di set pertama.

Min-hyuk-Seung-jae terus dominan pada set kedua dan meninggalkan Sze Fei-Izzuddin jauh di belakang.

Pada akhirnya, regu Korea Selatan itu meraih kemenangan straight set dengan keputusan 21-10.

Min-hyuk dan Seung-jae kini bakal berdepan regu lelaki Taiwan, Lee Jhe-huei dan Yang Po-hsuan dalam aksi separuh akhir yang bakal berlangsung esok.

Ini dilihat pencapaian yang baik buat Sze Fei-Izzuddin selepas sebelum ini meraih tiga kejuaraan iaitu Terbuka Amerika Syarikat, Kaohsiung Masters dan Abu Dhabi Masters.