Korea Selatan Risik Kim Pan-gon? Ini Jawapan Rasmi FAM
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menjawab segala desas-desus berkenaan risikan yang dilakukan oleh Korea Selatan untuk mendapatkan khidmat Kim Pan-gon.

Pengendali berusia 54 tahun itu mengharungi tempoh yang cukup baik dalam masa dua tahun ini untuk membantu meningkatkan prestasi Harimau Malaya.

Mengulas lanjut, menerusi satu kenyataan oleh Naib Presiden FAM, Dato’ Wira Yusuf Mahadi ketika sidang media Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Kali Ke-10 hari ini, status Kim Pan-gon ketika ini akhirnya terjawab.

Advertisements

Katanya, tiada mana-mana tawaran rasmi diterima ketika ini daripada Persatuan Bola Sepak Korea Selatan (KFA) untuk membawa pulang Pan-gon.

“Permintaan orang luar itu menang begitu (keluarkan Kim Pan-gon). FAM ada perancangan tersendiri berkenaan Kim Pan-gon.

Advertisements

“FAM melihat bahawa peningkatan pasukan yang dibawa oleh Pan-gon agak baik dan kita mesti teruskan. Takkan dua perlawanan nak tukar.”

Harimau Malaya juga akan bertemu dengan Oman bagi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 menyebabkan perancangan rapi yang telah dibina perlu diteruskan di bawah kendalian Pan-gon.

Advertisements

“Aksi lawan oman juga semakin hampir. Korea Selatan setakat ini tidak ada membuat permintaan rasmi untuk mengambil Kim Pan-gon.”

“Tak mungkin panggil Korea Selatan akan panggil beliau balik dalam keadaan kita memerlukan beliau (Pan-gon). FAM sudah sambung kontrak Kim Pan-gon dan kita ada pelan yang panjang dengannya,” ujarnya dalam sesi sidang media.

Advertisements

Kim Pan-gon juga berjaya membawa Malaysia untuk melonjak ke kedudukan 132 dunia menurut kemas kini masa-nyata FIFA dan menjadi pasukan ke-3 terbaik di Asia Tenggara.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram