Kpah Sherman Yakin Kemampuan Rakan Sepasukan Bakal Kejutkan Lawan
Dunia
Kedah Darul Aman FC
Advertisements

Pemain import pasukan Kedah Darul Aman FC, Kpah Sherman menjelaskan bahawa pasukan Kedah bakal memberikan saingan yang sengit dalam kempen Piala Malaysia 2021. Beliau berkata sedemikian dalam satu hantaran poster di Instagram story KDA FC hari ini.

Penyerang kebangsaan Liberia ini menyatakan bahawa pasukan Kedah akan sentiasa fokus dan mengekalkan momentum terbaik dalam pasukan. Beliau juga tidak sesekali memandang rendah dua pasukan dari Liga Premier kerana baginya, setiap pasukan memiliki kelebihan masing-masing.

“Kami perlu sentiasa memberikan tumpuan pada saingan kali ini. Walaupun berada bersama dua pasukan daripada Liga Premier, kami anggap semuanya daripada Liga Super.”

Advertisements

Pemain berusia 29 tahun itu turut berharap rakan sepasukannya dapat bersama untuk berusaha sebaik mungkin mempamerkan aksi terbaik kerana menurutnya, Kedah Darul Aman FC memiliki barisan pemain yang baik.

“Kami juga berharap dapat melakukan yang terbaik kerana KDA FC mempunyai barisan pemain-pemain yang baik.”

Kpah terus optimis dan menjanjikan aksi yang terbaik bakal ditampilkan beliau dalam saingan Piala Malaysia. Kecemerlangan Kedah dalam saingan Liga Super apabila menamatkan kempen di tangga kedua liga sedikit sebanyak dapat memotivasi dirinya dan pasukan.

Advertisements

“Saya mahu memberikan yang terbaik untuk pasukan kerana mereka telah berusaha menamatkan Liga Super tempoh hari di tempat kedua.”

Kpah akan menjadi ayam tambatan utama buat pasukan Kedah FC dalam memburu kemenangan setiap perlawanan. Kpah juga sebelum ini menjadi penjaring terbanyak buat pasukan KDA FC dalam saingan Liga Super dengan 13 jaringan gol.

Skuad Hijau Kuning bakal menentang pasukan daripada Pantai Timur, Kelantan United FC di Stadium Darul Aman malam ini. Perlawanan ini bakal menjadi titik mula buat pasukan dalam saingan Kumpulan C untuk mempamerkan taring masing-masing.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram