Hangat di Twitter beberapa jam lalu selepas Kroos dan Aubameyang saling berbalas ciapan. Isunya bermula selepas SPORTbible menciap berkenaan komen Toni Kroos terhadap cara Aubameyang meraikan gol.
“Saya rasa ia sungguh mengarut. Lebih teruk jika terdapat objek yang tersembunyi di dalam stokin beliau. Aubameyang pernah meraikannya dan mengeluarkan topeng (dari dalam stokin). Itulah titik pengakhiran bagi diri saya. Saya rasa itu bukan teladan yang perlu dicontohi. Ianya sungguh mengarut.” Ujar Kroos.
"Aubameyang once celebrated and took out a mask. That's where it ends with me. I don't think that's a good role model, either. What nonsense." 😳 https://t.co/HlsIuuQUA5
— SPORTbible (@sportbible) November 11, 2020
Ciapan SPORTbible itu kemudian mendapat respon dari Auba sendiri. Auba pada mulanya bertanya “Saya ingin menjawab tetapi saya ingin pastikan dahulu adakah ini betul-betul dari kamu (Toni Kroos)? ”.
Hmm i want to answer but First @ToniKroos i just want to be sure if it was really you? 🤔🤔
— AUBA⚡️ (@Aubameyang7) November 12, 2020
By the way
— AUBA⚡️ (@Aubameyang7) November 12, 2020
Does this @ToniKroos have Kids?
Just to remember i did it for my son few Times and i will do it again
I wish you have Kids one day and make them happy like this Junior School pupils Talk 🙏🏽👊🏽 and don’t Forget #maskon #staysafe 🤡bis https://t.co/J4ZF1XGlsU
Auba kemudian menambah lagi dengan berkata “Adakah Toni Kroos mempunyai anak? Untuk mengingatkan, saya melakukannya beberapa kali untuk anak lelaki saya dan saya akan teruskannya. Saya harap dia (Toni Kroos) mempunyai anak suatu hari nanti dan akan membuat anaknya gembira seperti perbicaraan Junior School Pupils”.
Tidak lama kemudian, Kroos membalas pendek “Toni Kroos ini mempunyai tiga orang anak.”.Tindakan dua pemain terkenal dunia ini saling berbalas ciapan menarik perhatian peminat bola sepak.
THIS Toni Kroos has 3 Kids😘 https://t.co/7OTx9KS0pj
— Toni Kroos (@ToniKroos) November 12, 2020
Ramai yang beranggapan Kroos tidak seharusnya memperlekehkan keraian gol Auba namun ada jua yang bersetuju dengan Kroos yang merasakan keraian itu melampau.
Seorang lagi pemain Arsenal, Mesut Ozil turut menciap GIF keraian Auba memakai topeng Black Panther dengan komen “Keraian gol yang terbaik”. Ada yang beranggapan ciapan Ozil itu untuk menyokong Auba.
The best goal celebration! ⚽💥 @Aubameyang7 pic.twitter.com/A9QePDLwCL
— Mesut Özil (@MesutOzil1088) November 12, 2020
Sedang trending sekarang ini nama Kroos dan Auba setelah kedua-duanya berbalas ciapan.
Mereka berdua pernah bertembung dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah pada tahun 2017 namun ketika itu Aubameyang masih lagi bermain untuk Borussia Dortmund.