Tanpa Penyerang Tulen, Kuala Lumpur City FC Kini 10 Perlawanan Tanpa Kalah
Liga Super
Twitter @klcityfootball
Advertisements

Ketiadaan penyerang tulen bukanlah satu alasan untuk tidak mempamerkan aksi cemerlang. Itulah yang terjadi kepada skuad Kuala Lumpur City FC.

Krisis kecederaan penyerang skuad warga kota itu telah berlaku sejak bulan April lagi selepas penyerang utama mereka, Dominique Da Sylva mengalami kecederaan ligament kaki.

Kehilangan Dominique ternyata memeningkan kepala pengendali, Bojan Hodak yang hanya mempunyai Safee Sali sahaja ketika itu selaku penyerang tulen dalam pasukan.

Advertisements

Ketika jendela perpindahan dibuka, Bojan berjaya menyambar penyerang baharu iaitu Kyrian Nwabueze dari Nigeria bagi menggantikan Dominique yang terpaksa berehat panjang.

Namun malang sekali lagi menimpa skuad Kuala Lumpur apabila Nwabueze yang baru menyertai pasukan mengalami kecederaan Anterior Cruciate Ligament (ACL).

Situasi berkenaan memaksa Bojan Hodak meletakkan Romel Morales dan Paulo Josue di bahagian serangan.

Advertisements

Tugas sebagai peledak ternyata berjaya digalas dengan baik sekali oleh Paulo Josue yang sehingga kini berjaya meledak 10 gol buat Kuala Lumpur.

Kuala Lumpur kini berjaya mengharungi 10 perlawanan tanpa tewas dan kini berada di tangga ke-6 liga dibezakan hanya 3 mata dengan Selangor yang menghuni tangga ke-5.

Kuala Lumpur bakal berdepan tugas getir untuk 2 perlawanan terakhir mereka apabila akan berhadapan dengan Kedah Darul Aman FC pada 4 September di Stadium KLFA dan akan berkunjung ke Stadium Sultan Ibrahim pada 12 September bagi menentang juara liga, Johor Darul Ta’zim.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram