Kualiti Pemain Eropah Jadi Kelebihan Oman & Kyrgyztan Berdepan Malaysia
Harimau Malaya
Azri Haziq / MakanBola
Advertisements

Malaysia bakal menentang Oman dan Kyrgyztan dalam pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 bermula November kelak. Selain daripada kedudukan ranking yang lebih tinggi, kehadiran beberapa pemain elit dalam skuad Oman dan Kyrgyztan menyaksikan 2 buah negara tersebut mempunyai kekuatan yang tersendiri.

Bekas pemain kebangsaan, Azlan Johar turut mencadangkan agar skuad Harimau Malaya mengadakan perlawanan persahabatan dengan negara yang berada di ranking lebih baik berbanding Oman dan Kyrgyztan untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas tentang keupayaan sebenar 2 pasukan tersebut.

Azlan Johar juga bersetuju jika Malaysia bakal mengadakan perlawanan persahabatan menentang China dan Mesir yang dilihat sesuai sebagai persediaan menentang Oman dan Kyrgyztan kelak menurut laporan Stadium Astro.

Advertisements

Malah beberapa pemain kebangsaan Oman terdiri daripada pemain yang beraksi di kelab gergasi Oman iaitu Al-Nahda FC dan Al-Seeb FC.

Antara pemain tumpuan ialah Salah Al-Yahyaei (pemain tengah menyerang), Arshad Al-Alawi (pemain tengah) dan Ibrahim Al-Mukhaini (penjaga gol).

Bagi Kyrgyztan, beberapa pemain kebangsaan mereka juga turut beraksi di liga Eropah. Valeriy Kichin (pertahanan tengah) kini beraksi di liga kedua Rusia, 1.Division.

Advertisements

Erzhan Tokotaev, penjaga gol berusia 23 tahun ini juga beraksi di Eropah iaitu bersama kelab Sanliurfaspor dalam liga kedua Turki, 1.Lig.

Penjaga gol berketinggian 1.89 m ini pastinya bakal memberi cabaran hebat buat skuad kebangsaan kelak.

Seorang lagi ialah pemain muda Kyrgyztan, Beknaz Almazbekov yang baru berusia 18 tahun. Beknaz kini beraksi bersama pasukan Galatasaray U19 dan bermain di posisi sayap kiri pasukan.

Advertisements

Kehadiran pemain-pemain elit yang beraksi di kelab besar dan di Eropah bakal memberi tentangan sengit kepada skuad Harimau Malaya. Namun ketua jurulatih, Kim Pan-gon pastinya mempunyai perancangan yang tersendiri dalam mengharungi cabaran tersebut.

Malaysia yang berada di tangga ke-137 dunia bakal menentang Oman yang berada di tangga ke-73 dunia dan Kyrgyztan di tangga ke-97 dunia.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram