Kuching City Menang Persaingan Dapatkan Nurshamil
Transfer
TRW Kelantan FC
Advertisements

Bekas penyerang Kelantan FC, Nurshamil Abd Ghani memilih untuk kekal di Liga Super dengan menyertai Kuching City FC.

Ini sekaligus meranapkan impian pasukan Liga M3, Harini FT untuk merekrut bekas penjaring terbanyak Liga Premier musim 2021 itu.

Perkara ini dikongsikan menerusi ciapan wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam di Twitter hari ini.

Advertisements

Sekiranya perpindahan tersebut berjalan lancar, Nurshamil bakal membuat kemunculan bersama Il Gatto menentang Perak FC pada 16 Julai ini.

Beliau merekodkan tujuh penampilan sebagai pemain gantian bersama skuad Kijang musim ini. Walaupun diturunkan sebagai pemain gantian, Nurshamil meledakkan satu gol untuk Kelantan FC.

Kehadiran beliau dijangka menambah sengat di bahagian serangan Kuching City FC untuk baki musim Liga Super.

Advertisements

Selain Nurshamil, Il Gatto turut membawa masuk trio awang import baru iaitu Dechi Marcel N’Guessan, Bruno Dybal dan Pedro Henrique.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram