Tonton: Rembatan ‘RM891 Juta’ Kylian Mbappe Tak Jumpa Pintu Gol
MakanBola
BeIn Sports

Penyerang sensasi Paris Saint Germain (PSG), Kylian Mbappe mencuri tumpuan apabila beliau gagal menjaringkan gol tatkala pintu gol sudah pun terbuka luas.

Beliau yang turun mengetuai jentera serangan apabila menentang bekas pasukannya iaitu FC Monaco bersama-sama Lionel Messi dan juga Neymar.

Beberapa percubaan juga sudah pun dilancarkan ke arah gawang pasukan pelawat yang jelas berada dalam kelas tersendiri pada perlawanan malam tadi.

Ketika anak didik Christophe Galtier ketinggalan 1-0, bekas bintang Barcelona, Messi mengatur gerak untuk mencari gol penyamaan.

Beliau yang memulakan gerak dari bahagian kanan padang bertindak untuk melepaskan rembatan namun terkena tiang.

Bola itu kemudiannya melantun semula ke arah pemain kebangsaan Perancis itu yang berada di hadapan gawang namun sepakannya terkena tiang sekali lagi.

Mbappe yang berada pada kedudukan 6 ela gagal mengawal sepakannya dengan baik sekaligus melepaskan peluang terbaik untuk menjaringkan gol penyamaan.

Keputusan perlawanan berakhir dengan kedua-dua pasukan terpaksa berpuas hati untuk berkongsi satu mata.