Kyrgyzstan Mahu Tampil Lebih Gagah, Atur 3 Aksi Di UAE & Qatar
MakanBola
Azri/MakanBola
Sponsors

Pasukan kebangsaan Kyrgyzstan kini sedang melakukan persiapan rapi apabila sudah pun mengatur tiga aksi persahabatan yang bakal berlangsung di Ameriah Arab Bersatu (UAE) dan Qatar bulan ini.

Pasukan ke-98 dunia itu menerima tamparan hebat selepas dikecewakan oleh Malaysia pada aksi pertama Kelayakan Piala Dunia 2026.

Ad
Sponsors

Sungguhpun begitu, pasukan bimbingan Stefan Tarkovic berjaya bangkit untuk mengejutkan pasukan ke-74 dunia, Oman dengan keputusan 1-0.

Ad

Kyrgyzstan tidak mahu menoleh ke belakang lagi apabila mengatur tiga aksi persahabatan selepas mengharungi kem latihan pusat selama hampir seminggu.

Menerusi perkembangan terbaru yang dikongsikan oleh Persatuan Bola Sepak Kyrgyzstan (KFA), pasukan akan menghadapi tiga lawan penting sebagai persediaan untuk ke Piala Asia.

Ad

“Setelah mengharungi kem latihan pada 7-14 Disember, pasukan akan meneruskan persiapan di UAE dan Qatar dengan perancangan untuk mengadakan tiga aksi persahabatan di sana.”

Ad

Sasaran Kyrgyzstan juga adalah untuk mara ke pentas akhir Piala Dunia berdasarkan pelan yang ditetapkan bagi tahun 2030-2034 selain membentuk pasukan yang lebih kompetitif.