Kyrgyzstan Hilang Posisi 100 Terbaik Dunia, Indonesia Keciciran Mata FIFA

Indonesia Kyrgyzstan FIFA Kyrgyzstan Hilang Posisi 100 Terbaik Dunia, Indonesia Keciciran Mata FIFA
Kyrgyz Kurama-Timnas Indonesia
Nik Faris @nikfalovic
5:15pm 18/11/2023

Kekalahan pasukan Kyrgyzstan ketika menentang Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil menyaksikan ranking masa-nyata pasukan merudum sementara Indonesia kehilangan mata penting untuk memperbaiki kedudukan semasa.

Pasukan bimbingan Stefan tarkovic turun dengan momentum yang tidak baik di laman keramat Harimau Malaya selepas tewas dua aksi terakhir kalendar FIFA termasuklah ketika menentang Filipina dengan keputusan 1-0.

Kemenangan 4-3 Harimau Malaya memaksa kedudukan semasa pasukan tersebut turun tiga tangga daripada kedudukan asal ke-97 dunia dan kini menghuni tangga ke-101 dunia.

Kyrgyzstan juga terlepas peluang untuk mendapatkan tambahan penting FIFA apabila gagal menyekat kebangkitan Malaysia pada saat akhir.

Kekalahan tersebut menyaksikan anak didik Stefan Tarkovic kini terkeluar dari kelompok 100 terbaik dunia.

Sang Garuda pula menerima tamparan hebat selepas tewas aksi pembukaan kepada pasukan ke-68 dunia, Iraq dengan keputusan 5-1.

Aksi pasukan kendalian Shin Tae-yong diburukkan dengan gol sendiri Jordi Amat yang jelas meragut semangat pasukan.

Indonesia terlepas peluang untuk memperbaiki kedudukan ranking FIFA hilang -6.37 mata dan menjadikan mata terkini sebanyak 1063.45 mata.

Kedudukan Indonesia bagaimanapun masih kekal di tangga 145 dunia sebelum berhadapan dengan Filipina pada 21 November 2023 di gelanggang lawan.