Ernist Batyrkanov Terkejut Malaysia Tewaskan Kyrgyzstan
Asia
MakanBola
Kyrgyz FU
Advertisements

Penyerang Kyrgyzstan, Ernist Batyrkanov mengakui amat terkejut apabila melihat pasukannya tewas tipis 4-3 di tangan Malaysia semalam.

Bekas penyerang Kelantan United FC itu menyangka dengan kelebihan 3-1 yang dimiliki pada ketika itu, itu cukup buat The White Falcons meraih kemenangan pertama dalam Kumpulan D.

Advertisements

Kyrgyzstan pada awalnya mendahului menerusi Kayrat Zhyrgalbek (minit ke-42), Batyrkanov (minit ke-44) dan Kai Merk (minit ke-57) selepas ketinggalan awal hasil gol Dion Cools (minit ketujuh).

Bagaimanapun, Harimau Malaya mempamerkan kebangkitan pada babak kedua dengan menyumbat tiga gol. Ketiga-tiga gol ini disumbang oleh gol sendiri Khristiian Brauzman (minit ke-72), Cools (minit ke-77) dan Faisal Halim (minit ke-94).

“Satu perlawanan yang sukar jadi kita akan analisis perlawanan ini. Kita ikut perancangan permainan kita dan bermain dengan lancar.

Advertisements

“Daripada menang 3-1 kepada kalah 4-3, tiada perkataan yang dapat menggambarkan emosi (pemain-pemain Kyrgyzstan). Tapi kita akan bangkit dan bermain dengan lebih lancar (selepas ini).

Advertisements

“Kita akan terus mara dengan sasaran kita (masih) pusingan ketiga (kelayakan Piala Dunia 2026),” katanya kepada MakanBola selepas perlawanan semalam.

The White Falcons bakal berdepan pendahulu Kumpulan D, Oman dalam aksi kedua kumpulan pada 21 November ini.

Advertisements

News Comments Account