Asia
Kyrgyzstan FA
Advertisements

Kyrgyzstan berjaya menundukkan Vietnam 2-1 dalam aksi persahabatan tertutup.

Penyerang Joel Kojo membuka tirai jaringan pada minit ke-31 permainan untuk meletakkan Kyrgyzstan dihadapan.

Vietnam perlu menunggu hingga minit ke-63 untuk menyamakan kedudukan.

Advertisements

Namun kedudukan tersebut tidak bertahan lama apabila pemain pertahanan, Ayzar Akmatov menjaringkan gol kedua pada minit ke-74.

Tamat perlawanan, Kyrgyzstan berjaya menewaskan Vietnam 2-1 sekali gus mengakhiri siri perlawanan persahabatan sebelum bermulanya Piala Asia 2023.

kyrgyzstan joel kojo Kyrgyzstan Tundukkan Vietnam
Kyrgyzstan FA

Pasukan kendalian Stefan Tarkovic antara pasukan yang melakukan persiapan rapi ke Qatar apabila Kyrygzstan telah mengaturkan 4 buah perlawanan persahabatan sebelum bersaing di Piala Asia.

Advertisements

Kyrgyzstan tewas 1-4 terhadap Uzbekistan dan juga 0-1 terhadap UAE. Kemudian pasukan ini berjaya mengikat Syria 1-1 dan akhirnya meraih kemenangan 2-1 ke atas Vietnam.

Kyrgyzstan bakal menentang Thailand, Arab Saudi dan Oman dalam aksi peringkat kumpulan F Piala Asia.

Vietnam pula bakal berhadapan dengan cabaran daripada Jepun, Indonesia dan Iraq dalam kumpulan D Piala Asia.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram