Advertising
Indonesia & Kyrgyzstan Pertaruh Bakat Muda Di Piala Asia
MakanBola
Kyrgyzstan FA & PSSI

Indonesia dan Kyrgyzstan bakal mempertaruhkan bakat muda di Piala Asia apabila menyenaraikan 3 pemain berusia bawah 20 tahun.

Indonesia membawa 3 pemain muda berusia 19 tahun manakala Kyrgyzstan pula membawa seorang pemain berusia 18 tahun dan 2 pemain berusia 19 tahun.

Ad

Hokky Caraka, Marselino Ferdinan dan Ivar Jenner antara pemain muda yang berjaya menambat hati jurulatih Shin Tae-yong dalam senarai 26 pemain Indonesia.

Ad

Marselino Ferdinan dan Ivar Jenner merupakan pemain tengah manakala Hokky Caraka bermain dibahagian serangan pasukan.

Kyrgyzstan pula memanggil Beknaz Almazbekov, pemain sayap berusia 18 tahun yang kini bermain untuk pasukan junior Galatasaray.

Ad

Malah Beknaz merupakan pemain kedua paling bernilai dalam skuad Kyrgyzstan di Piala Asia dengan nilai pasaran RM2.3 juta.

Ad

Selain itu, Kimi Merk dan Kurmanbek Nurlanbekov yang berusia 19 tahun turut mendapat kepercayaan jurulatih Stefan Tarkovic.

Ad

Kimi Merk bermain dibahagian tengah pasukan manakala Kurmanbek pula merupakan penjaga gol.

Hanya Indonesia dan Kyrgyzstan yang membawa paling ramai pemain berusia bawah 20 tahun ke Qatar berbanding beberapa pasukan lain yang menyenaraikan seorang atau dua pemain sahaja.

Antara pemain berusia 19 tahun yang turut menyertai kejohanan Piala Asia 2023 ialah Ali Jasim Elaibi (Iraq), Sultan Adil (UAE), Alijoni Ayni (Tajikistan), Abdukodir Khusanov (Uzbekistan), Michael Udebuluzor (Hong Kong), Abbas Al-Hassan (Arab Saudi) dan Kim Ji-soo (Korea Selatan).

Vietnam turut menemani Indonesia selaku pasukan dari Asia Tenggara apabila menyenaraikan Nguyen Dinh Bac yang berusia 19 tahun.

Montader Madjed (Iraq) dan Maksim Sarraf (Syria) pula merupakan pemain berusia 18 tahun yang turut tersenarai.