Ads
Asia
VFF

Berita buruk melanda kem Vietnam menjelang kempen Piala Asia yang bakal bermula kurang dua minggu dari sekarang.

Advertisements

ASEAN Football melaporkan menerusi laman X bahawa Vietnam bakal kehilangan khidmat penjaga gol mereka, Dang Van Lam akibat kecederaan.

Advertisements

“Pasukan Kebangsaan Vietnam mengalami kerugian besar apabila penjaga gol nombor 1 mereka, Dang Van Lam, tidak dapat menyertai Piala Asia 2023 di Qatar Januari depan kerana kecederaan”, tulis ASEAN Football di laman X.

Advertisements

Advertisements

Walau bagaimanapun, tidak dinyatakan sebarang maklumat lanjut berkenaan kecederaan yang dialami oleh penjaga gol kelab Binh Dinh FC itu.

Penjaga gol berusia 30 tahun itu merupakan penjaga gawang utama Vietnam sejak 2017 dan telah membantu Vietnam mara ke suku akhir pada Piala Asia 2019 yang lalu.

Advertisements

Sudah semestinya, ketiadaan beliau bakal memberikan kesan kepada persiapan pasukan bimbingan Philippe Troussier itu dan dijangka tugas menjaga gawang tersebut bakal digalas penjaga gol kelahiran Republik Czech, Filip Nguyen.

Advertisements

Vietnam yang diundi di kumpulan D pada kempen Piala Asia nanti bakal memulakan kempen berdepan Jepun dan Indonesia sebelum menutup aksi kumpulan berdepan Iraq.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram