Sungguhpun Dinaturalisasi, Lama ‘Diperam’ Punca Nilai De Paula Jatuh Mendadak
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Kelibat penyerang naturalisasi negara, Guilherme De Paula yang tidak lagi kelihatan sejak musim baru bermula sememangnya menimbulkan pelbagai tanda tanya.

Pemain berusia 35 tahun itu melengkapkan perpindahan daripada Perak FC ke Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan status selaku antara penyerang import yang paling berbisa dalam liga.

Malah, bekas penyerang Selangor itu memiliki sentuhan penyudah yang cukup baik selain kualiti untuk mengatur gerakan untuk melancarkan serangan.

Advertisements

Walau bagaimanapun, ‘saham’ pemain kelahiran Brazil ini dilihat sudah pun mula menjatuh dengan agak serius sejak tahun lalu.

Nilai De Paula pada tahun lalu ialah 300 000 Euro bersamaan 1.37 juta ringgit  sebelum ia mengalami penurunan mendadak sehingga menjadi 250 000 Euro bersamaan 1.14 juta ringgit.

Pada musim lepas, beliau hanya menjaringkan 4 gol dalam saingan Liga Super selain beberapa gol dalam kejohanan lain.

Advertisements

Hal ini juga boleh bertitik tolak daripada kurangnya minit permainan yang diperoleh dalam saingan domestik selain ketiadaannya dalam perancangan awal Kim Pan-gon baru-baru ini.

Beliau juga tidak melalui tempoh yang baik ketika menyarung jersi kebangsaan selepas gagal mencetuskan impak seperti yang diharapkan.

Sunguhpun keputusan untuk menaturalisasikannya masih belum memberi impak seperti yang diharapkan, namun kelibatnya di atas padang amat dihargai terutamanya para penyokong bekas kelabnya setelah beliau menjadi watak penting untuk membantu pasukan merangkul pelbagai kejuaraan.

Advertisements

Kini, De Paula masih kekal bersama pasukan JDT untuk musim kedua dalam kariernya di sana.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram