Bintang muda Sepanyol, Lamine Yamal menyifatkan pasukan itu tidak memiliki sebab untuk takut berdepan bekas juara dunia edisi 2018, Perancis.
Keyakinan itu dizahirkan bintang Barcelona itu selepas La Roja menempah tiket ke separuh akhir Piala Dunia 2026. Sepanyol mara dengan menewaskan Belgium 2-1 di peringkat suku akhir.
Yamal percaya Sepanyol memiliki keupayaan untuk mengatasi cabaran Les Bleus. Ini ditambah dengan rekod baik La Roja yang berjaya menewaskan Perancis sebanyak dua kali sebelum ini.
“Perancis?Kita tak takut (dengan Perancis). Kita telah tewaskan mereka dua kali dalam dua aksi terakhir,” katanya seperti dilaporkan wartawan sukan terkenal, Fabrizio Romano.
Yamal juga tidak kisah tentang jumlah jaringannya bersama Sepanyol di Piala Dunia. Ini kerana matlamat utama bintang berusia 18 tahun itu ialah memenangi Piala Dunia bersama La Roja – pendekatan sama ketika kempen Kejohanan Bola Sepak Eropah (EURO) 2024.
“Kita menjuarai EURO dan saya hanya menjaringkan satu gol. Jika kita menang Piala Dunia, tiada siapa akan ingat tentang (bilangan) gol saya.
“Kita mahu menang (dan menjulang trofi), itulah misinya,” tambah anak jati Esplugues de Llobregat itu.
Untuk rekod, Sepanyol mengecewakan Perancis dalam aksi separuh akhir EURO 2024 dan separuh akhir Liga Negara-Negara UEFA (UNL) 2024/25.