Advertising
Latihan Hari Pertama Terengganu Dibanjiri Penyokong
Liga Super
MakanBola
Terengganu FC

Meskipun Liga Super musim 2024-2025 hanya bermula pada Mei ini, penyokong Terengganu FC dilihat teruja memberi sokongan kepada pasukan kesayangan mereka itu.

Ini dapat dilihat pada hari pertama pasukan Peteh kembali menjalani latihan pada Khamis lepas di bawah pemantauan staf kejurulatihan diketuai ketua jurulatih, Tomislav Steinbruckner.

Ramai penyokong tidak mahu melepaskan peluang melihat beberapa pemain baru yang dibawa masuk Terengganu untuk musim ini.

Ad

Antara pemain baru Terengganu yang dilihat menjalani latihan pada Khamis lalu ialah Ismaheel Akinade, Matthew Steenvorden, Akhyar Rashid dan Safawi Rasid.

Ad

Kehadiran ramai penyokong di situ turut dikongsikan ramai pengguna media sosial termasuk laman media sosial rasmi Peteh.

Bagi Steinbruckner, kehadiran para penyokong dalam sesi latihan pada Khamis lepas memberi tenaga positif buat semua pemain dan staf kejurulatihan.

Ad
Ad

Pada masa sama, beliau juga sedar jangkaan penyokong untuk Terengganu tampil lebih cemerlang juga semakin tinggi. Justeru, Steinbruckner berharap dapat memberikan yang terbaik untuk menggembirakan mereka.

Ad

“Saya dapat rasakan tenaga yang baik untuk pasukan dan pemain-pemain saya kerana saya dapat melihat wajah mereka (penyokong) sebelum latihan.

“Dan bila saya melihat kelompok besar (penyokong), (saya sedar) ini satu cabaran besar buat kita. Meskipun begitu, saya puas melihatnya dan saya berharap kita dapat menggembirakan penyokong Terengganu musim ini,” katanya kepada Nadi Arena semalam.

@ohmyganung

Suasana latihan rasmi pertama Terengganu FC 2024. Ramai penyokong hadir untuk melihat kehadiran pemain baru untuk 2024. Kita bawa piala balik Terengganu tahun ni.🔥 #terengganufc #webleedblacknwhite

♬ NO CAP – Yarin Primak

Terengganu menjadi antara beberapa pasukan Liga Super yang sudah mula menjalani sesi latihan pra-musim menjelang musim baru liga pada Mei ini.