Advertising
Sesi Latihan Harimau Malaya Terganggu, Wajarkah Pindah Ke Fasiliti Latihan JDT?
MakanBola
FAM

Cuaca yang tidak menentu terutamanya di sekitar kawasan Kuala Lumpur dan juga Lembah Klang dalam seminggu dua ini sedikit sebanyak mengganggu persiapan Harimau Malaya ketika ini sekaligus menyebabkan JDT dilihat sebagai tempat yang paling ideal untuk dimanfaatkan bagi sesi latihan negara.

Menurut laporan kajian cuaca Jabatan Meteorologi Malaysia mengumumkan bahawa berlakunya hujan di kebanyakan tempat dalam minggu ini yang bakal merencatkan perjalanan persiapan dalam tempoh singkat ini.

Ad

Pasukan kendalian Kim Pan-gon ketika ini giat menjalani latihan setelah senarai 30 orang pemain telah pun diumumkan olehnya bagi mambawa cabaran negara di Singapura hujung bulan ini.

Ad

Namun begitu, keadaan cuaca terutamanya di Stadium Nasional Bukit Jalil yang melibatkan venue utama latihan telah menyebabkan kecergasan pemain tidak dapat berada pada tahap terbaik selain terdedah kepada risiko kecederaan ketika berlatih.

Hal ini juga dilihat mampu untuk mendorong kepada kecederaan para pemain setelah khidmat perancang tengah berbakat Johor Darul Ta’zim (JDT), Nazmi Faiz terpaksa dilipakan ekoran kecederaan pangkal peha semasa sesi latihan.

Ad

Walaupun kehilangan khidmat Nazmi, Pan-gon dilihat kekal tenang apabila tidak berhajat untuk membawa masuk pemain dalam senarai bersedia bagi menggantikan tempat pemain itu.

Ad

Situasi yang melanda ketika ini menyebabkan Nazmi perlu dihantar pulang ke pangkuan pasukannya disebabkan FAM tidak mempunyai fasiliti yang secukupnya untuk merawat kecederaan tersebut.

Ad

Oleh yang demikian, rawatan perancang tengah Harimau Malaya ini dijalankan di Johor dengan menggunakan kelengkapan pasukan JDT.

Umum mengetahui bahawa pusat latihan pasukan Harimau Selatan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan bertaraf dunia di samping mampu untuk membantu bagi mengekalkan tahap kecergasan pemain pada tahap yang optimum.

Bukan itu sahaja, JDT mempunyai pusat latihan tertutup yang mampu untuk membantu pasukan kekal berlatih sungguhpun menghadapi kekangan cuaca seperti hujan, panas terik dan sebagainya.

Selain faktor kemudahan dan juga cuaca, pemilihan JDT untuk dijadikan pusat latihan juga bakal memudahkan urusan pasukan memandangkan kesemua perlawanan persahabatan yang berlangsung dijadualkan di Singapura.

Ini juga bakal memudahkan perjalanan pasukan selain dapat tiba dengan tempoh yang lebih pendek ke destinasi yang dituju.

Malaysia dijadualkan berdepan Filipina pada 23 Mac dan tuan rumah Singapura pada 26 Mac dalam perlawanan Persahabatan Peringkat 1 Antarabangsa di Stadium Nasional Singapura sebelum turun bagi menentang pasukan Liga Singapura, Albirex Niigata pada 28 Mac di Stadium Jalan Besar.