Safawi Rasid yang kini secara rasminya menandatangani perjanjian pinjaman daripada JDT ke kelab Premiera Liga, Portimonense tidak memerlukan masa yang lama apabila terus menyertai kem latihan bersama ketua jurulatih pasukan, António Folha.
Menurut Presiden kelab, Rodiney Sampaio, Safawi merupakan hasil pemerhatian kelab sejak sekian lama.
“Saya dapat lihat ramai orang yang tidak tahu mengenai JDT, tetapi pemain ini telah lama kami perhatikan dan analisis sama seperti apa yang telah dilakukan ketika ketibaan Shoya Nakajima dimana tiada orang tahu mengenainya serta keputusan diatas padang.”
Menerusi salah satu hantaran terbaru di laman Facebook rasmi pasukan, Safawi kelihatan tidak gugup menyertai latihan bersama pasukan utama Portimonense.
Malah latihan keras berbentuk fizikal jelas kelihatan pada latihan pertama Safawi.
Latihan mengimbangi badan dengan sebelah kaki di atas gelembong bukanlah sesuatu yang biasa kita lihat di Malaysia.
Safawi dijangka tidak mengalami masalah untuk diturunkan sekurang-kurangnya sebagai pemain gantian untuk perlawanan seterusnya menentang Maritimo pada 17 Oktober 2020.
Perlawanan melibatkan Safawi dijangka akan ditayangkan melalui Astro Super Sports namun masih belum ada pengesahan daripada pihak Astro.
Untuk mendapatkan info cepat dan pantas mengenai perlawanan melibatkan Safawi di Portugal, like Facebook MakanBola dan ikuti kami di Twitter.
Galeri gambar seperti yang dikongsikan di halaman Facebook rasmi Portimonense.
Adakah Safawi berpeluang diturunkan dalam kesebelasan utama menentang Maritimo nanti? Pastikan anda “LIKE FACEBOOK MAKANBOLA” untuk tidak terlepas sebarang kemas kini Safawi.