Laungan ‘Mana Lamine Yamal’ Peminat Arab Saudi Makan Diri
MakanBola
Seleccion Espanola

Usikan penyokong Arab Saudi yang melaungkan soalan ‘Mana Lamine Yamal’ sebelum aksi pasukan itu menentang Sepanyol memakan diri.

Ramai penyokong Arab Saudi merasa yakin mereka mampu mencipta kejutan ke atas La Roja. Ini selepas pasukan itu diikat tanpa jaringan dengan Cape Verde dalam aksi pertama Kumpulan H.

Justeru, portal 433 menunjukkan penyokong Arab Saudi bersorak melaungkan usikan tersebut sebelum perlawanan bermula. Walau bagaimanapun, usikan tersebut memakan diri apabila Sepanyol meraih kemenangan besar 4-0.

Lebih menarik, gol pertama Sepanyol dijaringkan Yamal pada minit ke-10. Bintang muda Barcelona itu turut menzahirkan rasa syukur kepada Allah s.w.t dengan melakukan sujud.

Selain Yamal, Mikel Oyarzabal turut menjaringkan dua lagi gol La Roja. Pemain pertahanan Arab Saudi, Hassan Al-Tambakti bernasib malang apabila menjaringkan gol sendiri.

Pemain berusia 18 tahun itu kemudiannya membalas usikan penyokong Arab Saudi dengan jawapan ini di Instagram, “Saya di sini.”

Keputusan ini menyaksikan Sepanyol menduduki tempat teratas Kumpulan H dengan empat mata.