Advertising
Layan Bola Sambil Makan Di Kafe, Pengalaman Luar Biasa Di Bali United
MakanBola
Azri / MakanBola

Pengalaman luar biasa dirasai MakanBola ketika berkunjung ke stadium pasukan Bali United, Stadium Kapten Wayan Dipta, Gianyar Bali.

Sebaik sahaja tiba di perkarangan stadium, anda akan lihat ramai petugas stadium dan anggota polis yang ditugaskan mengawal keadaan sekeliling. Suasana di sekitar stadium terkawal dan proses kemasukan masuk penonton ke dalam stadium begitu teratur.

Ad

Selain menjadi tempat tumpuan ketika hari perlawanan, Home Of Bali United ini menjadi pusat jualan yang menjual jersi serta cenderahati. Bali United Mega Store menawarkan pelbagai barangan ekslusif untuk para pengunjung memiliki barangan rasmi pasukan.

Ad

Menerusi tinjauan kami, stadium yang terletak di tengah kota Gianyar ini mesra dikunjung buat seisi keluarga dimana pelbagai kemudahan disediakan yang mana ada juga ruang permainan buat kanak-kanak dan ruang menunggu buat ibu bapa.

Selain itu, terdapat juga ruang yang dikhaskan kepada penaja-penaja pasukan. Lebih dari sepuluh penaja terkemuka Indonesia seperti IndoFood, Gojek, KukuBima dan lain-lain mengambil kesempatan untuk membuka booth dan menyantuni penonton yang hadir ke stadium.

Ad

Apa yang lebih menariknya, stadium ini memiliki kafe berkelas dunia yang membolehkan penyokong makan sambil menonton bola secara dekat. Kafe ini menjadi antara tarikan utama di stadium ini kerana kemudahan tempat makan yang disediakan bertaraf lima bintang.

Ad

Pastinya, stadium yang berkapasiti 18,000 penonton ini bakal menjanjikan satu pengalaman berharga kepada setiap pengunjung. Stadium Kapten Wayan Dipta ini dijangka dibanjiri belasan ribu penyokong untuk aksi di pentas Piala AFC minggu hadapan.

Ad

Bali United bakal melayan kunjungan wakil dari Malaysia, Terengganu FC pada Rabu, 4 Oktober 2023.

Video penuh: MakanBola Tour Ke Bali