Lazio & Feyenoord Bakal Jadi Lawan Dion Cools Di Liga Europa
Dunia
DJCools21
Advertisements

Pertahanan kental Harimau Malaya, Dion Cools bakal berpeluang untuk membuktikan kehebatannya apabila bakal beraksi dalam saingan Europa League pada musim ini.

Pemain berusia 26 tahun itu kini sudah menamatkan tempoh pinjamannya bersama kelab Belgium, SV Zulte Waregem dan kini sudah kembali bersama FC Midtjylland.

Malah, beliau juga sudah pun menjalani latihan bersama pasukan bagi mempersiapkan diri untuk beraksi dalam tempoh terdekat.

Advertisements

Walau bagaimanapun, impian jutaan rakyat Malaysia untuk melihat bintang sensasi ini beraksi di pentas terbesar di Eropah semakin besar selepas pasukannya kini mara ke pentas Europa League.

Bekas pertahanan bawah 23 tahun Belgium ini memiliki pengalaman yang cukup luas termasuklah ketika beraksi di pentas Liga Juara-Juara Eropah (UCL) sebelum ini.

Kini, khidmat dan pengalaman luasnya sudah pasti ditagih bagi memantapkan lagi barisan pertahanan pasukan.

Advertisements

FC Midtjylland yang kini berada pada tangga ke-8 Danish Superliga sudah tentu menagih khidmat Cools yang mempunyai kebolehan untuk beraksi di pelbagai posisi pertahanan.

Beliau yang juga menjadi antara watak penting selepas pasukannya bakal berdepan gergasi Itali, Lazio dan juga Feyernood dalam kumpulan F.

Ketika beliau dipinjamkan, Cools beraksi hampir kesemua perlawanan dalam kesebelasan utama sekaligus mampu menjadi nadi kepada Mitjylland kali ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram