Lee Zii Jia Buat Peminat Malaysia Tersenyum Semula
UltraSukan

Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia kembali meraih perhatian ramai menjelang saingan Petronas Terbuka Malaysia minggu hadapan.

Menurut video yang dimuatnaik oleh wartawan Astro Arena, Faizal Bazari, kelihatan kelibat pemain berusia 26 tahun itu sedang menguji gelanggang bersama pemain-pemain lain.

Ad

“Kelihatan Lee Zii Jia kembali berada pada sesi latihan menjelang saingan Terbuka Malaysia Selasa ini”, tulis Faizal di laman X milik beliau.

Ad

Lee Zii Jia yang hadir ke sesi uji gelanggang berbaju putih dilihat sedang menyesuaikan diri dengan keadaan dan gelanggang di Axiata Arena.

Kehadiran jaguh perseorangan negara itu memberikan kelegaan buat para peminat badminton yang mengharapkan beliau kembali mempamerkan taring beliau pada tahun ini.

Ad

Aksi beliau minggu hadapan pastinya menjadi tumpuan bagi mengubati kerinduan para peminatnya selepas kali terakhir beliau beraksi pada Li-Ning China Masters pada November tahun lalu.

Lee Zii Jia bakal memulakan aksi di Petronas Terbuka Malaysia berdepan pemain perseorangan dari China, Lu Guang Zu pada pusingan pertama.