Lee Zii Jia Ketuai Cabaran Malaysia Ke Thomas Cup
UltraSukan
BA Malaysia
Advertisements

Jaguh perseorangan lelaki ke-11 dunia, Lee Zii Jia sah mengetuai cabaran Malaysia ke Thomas Cup 2024.

Ini selepas Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengumumkan barisan pemain yang akan beraksi di kejohanan berprestij itu.

Selain Zii Jia, Ng Tze Yong, Leong Jun Hao, Cheam June Wei dan Justin Hoh turut dipilih sebagai wakil perseorangan lelaki negara.

Advertisements

Tze Yong yang juga pemain perseorangan lelaki ke-18 dunia sudah mendapat kebenaran daripada pasukan perubatan untuk kembali beraksi di gelanggang.

Sementara Aaron Chia, Soh Wooi Yik, Nur Izzuddin Rumsani, Goh Sze Fei dan Muhammad Haikal Nazri pula dipilih mengetuai cabaran beregu lelaki.

Saingan Uber Cup 2024 pula menyaksikan Goh Jin Wei dan K. Letshanaa mengetuai cabaran negara.

Advertisements

Mereka disertai oleh Siti Nurshuhaini Azman, Wong Ling Ching, Siti Zulaikha Azmi, Teoh Mei Xing, Go Pei Kee, Tan Zhing Yi, Ho Le Ee, dan Chan Wen Tse.

Menurut Pengarah Kejurulatihan BAM, Rexy Mainaky, pemilihan pemain untuk dua kejohanan ini dibuat selepas mengambil kira pandangan semua pihak termasuk barisan kejurulatihan.

Beliau percaya barisan pemain yang dipilih ini mampu memberikan persembahan cemerlang apabila Thomas Cup membuka tirainya pada penghujung bulan ini.

Advertisements

“Kita sudah memantau rapat pemain semasa berlatih sejak beberapa bulan ini. Selepas menilai prestasi dan keadaan (fizikal) mereka, barisan kejurulatihan telah memuktamadkan pemilihan pasukan.

“Saya yakin pemain-pemain yang dipilih teruja untuk beraksi dalam kejohanan berpasukan paling berprestij di dunia. Pemain-pemain kita akan beri yang terbaik di China.

“Sesetengah pemain muda dalam skuad Thomas Cup dan Uber Cup akan bersemangat untuk membuktikan keupayaan mereka dan menunjukkan prestasi yang mantap,” katanya.

Advertisements

Malaysia bakal berada dalam Kumpulan D Thomas Cup bersama Denmark, Hong Kong dan Algeria. Saingan kejohanan bakal bermula dari 28 April hingga 5 Mei ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram