Advertisements
Lee Zii Jia Terima Penghargaan Hebat Daripada Pemain India, PV Sindhu
UltraSukan
UltraSukan
BA Malaysia

Kesudian jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia berlatih bersama jaguh perseorangan wanita India, PV Sindhu mendapat pujiannya.

Menerusi satu perkongsian di X, pemain berusia 28 tahun itu menyifatkan sesi latihan bersama itu memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.

Hal ini dinyatakan Sindhu apabila mengulas video temubual Zii Jia tentang sesi latihan bersama mereka baru-baru ini.

Ini dapat dilihat apabila kedua-dua pemain berjaya layak ke pusingan kedua All England Open Championship 2024.

Sindhu berjaya mara selepas lawannya dari Jerman, Yvonne Li terpaksa menarik diri akibat masalah kecederaan. Beliau sebelum itu meraih kemenangan 21-10 pada set pertama.

Manakala Zii Jia pula berjaya mengenepikan cabaran pemain pilihan keenam kejohanan, Kodai Naraoka dengan keputusan 21-12, 21-19.

“Ia satu pengalaman mengagumkan berlatih bersama anda, Lee (Zii Jia). (Saya) sentiasa doakan yang terbaik kepada anda,” katanya.

Sindhu yang juga bekas juara dunia perseorangan wanita 2019 bakal menentang pilihan pertama kejohanan, An Se-young dari Korea Selatan dalam aksi pusingan kedua hari ini.