Lee Zii Jia & Wooi Yik Terlepas Sertai Sukan Asia
UltraSukan
BA Thailand

Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia dan jaguh beregu negara, Soh Wooi Yik terlepas peluang beraksi di pentas Sukan Asia 2026 di Aichi-Nagoya, Jepun.

Ini kerana nama kedua-dua pemain tiada dalam senarai pemain yang diumumkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk temasya berkenaan.

Malaysia bakal mempertaruhkan Leong Jun Hao dan Justin Hoh untuk acara perseorangan lelaki. Acara berpasukan pula menyaksikan Jun Hao, Justin, Eogene Ewe dan Kong Wei Xiang menjadi pilihan untuk perlawanan sektor sama.

Bekas beregu nombor satu dunia, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin Rumsani menjadi taruhan dalam acara beregu lelaki. Mereka disertai Aaron Chia dan Tee Kai Wun.

Selain mereka, Chen Tang Jie dan Goh Soon Huat juga akan beraksi dalam acara beregu lelaki untuk acara berpasukan. Gandingan Tang Jie dan Soon Huat dalam acara beregu campuran, Cheng Su Yin dan Shevon Lai dipilih untuk acara berpasukan wanita.

Kedua-dua gandingan ini menjadi taruhan kem negara dalam acara beregu campuran. Wong Ling Ching dan K. Letshanaa membawa misi Malaysia untuk acara perseorangan wanita.

Mereka juga akan mengetuai acara perseorangan wanita untuk acara berpasukan. Ling Ching dan Letshanaa akan disokong dua lagi pemain, Oo Shan Zi dan Eng Ler Qi.

Beregu wanita nombor satu negara, Pearly Tan dan M. Thinaah mengetuai cabaran dalam acara beregu wanita bersama Low Zi Yu-Noraqilah Maisarah Ramdan.

Kem negara berharap dapat memperbaiki pencapaian pingat dalam Sukan Asia edisi sebelumnya. Edisi 2022 menyaksikan Malaysia meraih pingat gangsa dalam acara beregu lelaki menerusi gandingan Aaron-Wooi Yik.

Acara berpasukan bakal berlangsung dari 20 hingga 24 September. Ini disusuli acara individu yang berlangsung dari 25 hingga 29 September ini.