Gelagat seorang penilai makanan berdarah Cina menikmati ayam goreng keluaran Darsa Fried Chicken (DFC) menjadi tular di media sosial.
Penilai makanan bernama Hungry Sam itu ingin mencuba menu ayam goreng restoran berkenaan selepas mendapat maklumat bahawa menu tersebut cukup lazat.
Disebabkan ayam goreng berkenaan mendapat sambutan hangat daripada pelanggan, Hungry Sam terpaksa menunggu selama sejam di restoran DFC yang terletak di Bukit Beruntung.
Menerusi satu hantaran video di Facebooknya, dia mendapati ayam goreng berempah yang dipesannya bukan saja rangup tetapi juga lazat.
Apabila Hungry Sam cuba mencicah daging ayam goreng dengan sos halia, sos tersebut menjadikan ayam lebih lazat. Atas sebab itu, dia memberi markah 9.2 daripada 10 mata.
Malah, Hungry Sam percaya kelazatan ayam goreng DFC mampu menandingi ayam goreng Kentucky Fried Chicken (KFC).
Ini kerana ayam goreng DFC bukan saja lazat tetapi memenuhi selera rakyat Malaysia yang inginkan makanan buatan tempatan.
Hungry Sam turut mencadangkan DFC agar menambah baik kualiti coleslaw dan kentang putar yang dihidangkan bersama ayam goreng berkenaan.
Beliau percaya jika dua hidangan sampingan ini ditingkatkan dari segi kualiti, itu akan menambah kepuasan pelanggan yang memilih ayam goreng DFC.
Sejak video beliau dimuatnaik di Facebook pada 9 Mei lalu, video penilaian ayam DFC itu mendapat 1,200 tanda suka, 331 komen dan dikongsikan sebanyak 256 kali.