Advertising
Lencongan Manja Wan Kuzain Julang St Louis City 2
MakanBola
St Louis CITY 2

Pemain Malaysia yang kini menetap di Amerika Syarikat, Wan Kuzain Wan Kamal kembali menemui sentuhan jaringan bersama kelabnya St Louis City 2.

Wan Kuzain, 25, meledak gol pertama buat pasukannya seawal minit ke-11 dalam aksi MLS Next Pro menentang Minnesota United II.

Jaringan Kuzain terhasil selepas beliau menerima hantaran daripada rakan sepasukannya sebelum melepaskan sepakan lencong untuk menewaskan penjaga gol muda Minnesota, Oliver Kelly.

Ad

Perlawanan tersebut berakhir dengan kemenangan 2-1 buat St Louis sekali gus mengekalkan rekod tanpa kalah dalam enam perlawanan terkini mereka.

Ad

Gol yang dihasilkan Kuzain itu adalah yang pertama buat dirinya bersama St Louis City 2 dalam saingan musim baharu MLS Next Pro.

St Louis City 2 kini berada di kedudukan kedua kumpulan B MLS Next Pro dengan mengumpul 15 mata selepas 7 perlawanan yang telah diharungi.

Ad

Wan Kuzain merupakan salah satu prospek buat skuad kebangsaan Malaysia dan sebelum ini telah memberi bayangan bakal menyarung jersi kebangsaan dalam waktu terdekat.