Leonardo Rolon Pemain Import Terakhir Kelantan
Transfer
MakanBola
@TwtBolaKelate
Advertisements

Selepas mengesahkan perpindahan Carli de Murga dan Ismahil Akinade, ramai menyangka Kelantan membawa seorang penyerang Australia sebagai pemain import terakhir mereka. Tetapi hari ini, pemilik pasukan Norizam Tukiman mengesahkan Leonardo Rolon sebagai pemain import kesembilan The Red Warriors.

Hal ini dinyatakan beliau dalam beberapa hantaran Facebook beberapa jam lepas. Menurut Norizam, Rolon dipilih sebagai pengganti penyerang Australia yang cuba dibawa masuk sebelum ini.

Advertisements
Facebook ZAMSAHAM 1 Leonardo Rolon Pemain Import Terakhir Kelantan
Norizam dedahkan identiti pemain import terakhir Kelantan, Leonardo Rolon. Sumber: Facebook/ZAMSAHAM

Sebelum ini, ramai berspekulasi penyerang Australia yang bakal menyertai Kelantan ialah Eli Babalj. Babalj pernah bermain untuk beberapa kelab seperti AZ Alkmaar dan Newcastle Jets.

Tidak diketahui mengapa perpindahan penyerang tersebut dibatalkan. Tetapi tidak mustahil perpindahan tersebut berkemungkinan tidak menepati perancangan taktikal ketua jurulatih Choi Moon-sik.

Advertisements

Rolon yang boleh beraksi sebagai pemain sayap dan bek kanan pernah beraksi untuk Velez Sarsfield, Arsenal Sarandi dan Audax Italiano. Bekas pemain Quilmes kini dalam perjalanan ke Kelantan untuk melengkapkan perpindahannya.

News Comments Account