“Lepas Kahwin, Motivasi Saya Meningkat”
UltraSukan
BWF
Advertisements

Pemain badminton perseorangan lelaki Indonesia, Jonatan Christie berkongsi bahawa tahap motivasinya kini semakin baik selepas melangsungkan perkahwinan dua minggu lalu.

Beliau ketika ditemui berkata bahawa selepas mendirikan rumahtangga, motivasinya kini semakin baik dan mempunyai lebih banyak cita-cita dan bersemangat untuk turun beraksi di kejohanan BWF World Tour Finals .

“Saya fikir (selepas berkahwin) saya mendapat motivasi yang baik, dan saya mempunyai lebih banyak cita-cita untuk bermain dalam kejohanan ini.” katanya kepada wartawan CGTN Sports Scene.

Advertisements

Pemain berusia 26 tahun itu melangsungkan perkahwinan bersama gadis pilihan hatinya, Shania Junianantha yang juga bekas penyanyi kumpulan JKT48 pada 1 Disember yang lalu di Jakarta, Indonesia.

Jonatan atau lebih dikenali sebagai Jojo itu kini berada Hangzhou, China bagi menghadapi kejohanan BWF World Tour Finals dan akan memulakan aksi berdepan juara Kejohanan Dunia 2023, Kunlavut Vitidsarn dari Thailand pada Rabu.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram