Lesen Melaka & Sarawak United Digantung
Dunia
MFL
Advertisements

Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengumumkan penggantungan lesen kepada dua pasukan Liga Super iaitu Melaka United dan juga Sarawak United.

Menerusi satu sidang media oleh MFL berkenaan pelesenan kelab hari ini, mereka memaklumkan bahawa kedua pasukan ini tidka dapat melengkapkan proses pendokumentasian yang diperlukan oleh MFL.

Sebelum ini, Melaka United juga sudah pun terpalit dengan beberapa isu dalaman termasuklah tunggakan gaji pemain yang mengeruhkan lagi keadaan.

Advertisements

Melaka United juga pernah menerima notis peringatan pada 6 September lalu agar segera melunaskan segala tunggakan gaji.

MFL mengingatkan agar Melaka United dapat menyelesaikan baki tunggakan gaji berkenaan bagi mengelakkan mereka tidak diberikan lesen bersaing dalam Liga Malaysia 2023,” kata MFL dalam satu kenyataan.

Sarawak United sebelum ini berjaya melunaskan tunggakan gaji tetap dikenakan penggantungan akibat beberapa dokumen penting yang tidak berjaya dilengkapkan.

Advertisements

Namun begitu, dua kelab ini masih boleh mengemukakan rayuan berkenaan lesen ini kepada badan yang telah dilantik oleh FAM dan MFL.

Tarikh akhir bagi permohonan rayuan ini dibuka sehingga 19 Oktober pada atau sebelum jam 5 petang bagi kedua-dua pasukan menghantar dokumen yang diperlukan.

Sekiranya tidak diluluskan, dua kelab ini juga berkemungkinan tidak akan bertanding dalam saingan Liga Super 2023.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram