Advertising
Lévy Madinda Sertai JDT
MakanBola
Johor Southern Tigers

Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) sah telah mendapatkan khidmat pemain kelahiran Gabon, Levy Madinda bagi memantapkan pasukan untuk meneruskan baki saingan musim ini.

Hal ini diumumkan menerusi satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Johor Southern Tigers mengenai berita ini.

Levy yang juga merupakan bekas pemain Sabah FC difahamkan akan mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Maranon baru-baru ini.

Ad

Beliau yang sebelum ini berkelana bersama The Rhinos selama satu musim bakal memberi saingan sengit untuk mengisi posisi tengah pasukan Harimau Selatan.

Ad

Ini sekaligus melengkap kuota pemain import dalam pasukan JDT yang juga bakal terus bersaing di pentas kejohanan Liga Juara-Juara Asia (ACL), Ogos ini.

Pengalaman dan kemahiran bekas pemain Celta Vigo ini ditagih untuk terus memantapkan pasukan kendalian Benjamin Mora .

Ad
Ad
View this post on Instagram

A post shared by JOHOR DARUL TA’ZIM FC (@officialjohor)

Ad