Ads
Liek Hou Raih Emas Pertama Malaysia
UltraSukan
Paralympic Malaysia

Jaguh badminton para, Cheah Liek Hou menceriakan kem Malaysia apabila meraih pingat emas pertama dalam temasya Sukan Paralimpik 2024 di Paris, Perancis.

Advertisements

Liek Hou meraih emas untuk acara perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal). Beliau mengatasi cabaran wakil Indonesia, Suryo Nugroho di pentas final yang diadakan di Arena Porte de La Chapelle.

Advertisements

Turun selaku pilihan utama, jaguh badminton berusia 36 tahun itu tidak menghadapi masalah menewaskan Suryo dengan keputusan 21-13, 21-15 dalam tempoh 42 minit.

Advertisements
Advertisements

Selepas terikat 3-3 pada awal set pertama, Liek Hou mula mendominasi perlawanan. Beliau memiliki kelebihan tujuh mata pada kedudukan 17-10 sebelum menang dengan keputusan 21-13.

Suryo cuba melakar kebangkitan pada set kedua dengan menampilkan corak permainan lebih agresif. Ini menyebabkan kedua-dua pemain hanya dipisahkan satu mata pada kedudukan 15-14.

Advertisements

Pertukaran corak permainan Suryo langsung tidak menggugat ketenangan Liek Hou. Beliau yang juga pemain nombor satu dunia kekal tenang sebelum meraih kemenangan dengan keputusan 21-15.

Kejayaan ini menyaksikan Liek Hou bukan saja meraih emas pertama negara untuk temasya Paralimpik 2024. Malah, beliau juga mempertahankan pingat emas yang dimenanginya di Tokyo edisi 2020.

Seorang lagi wakil negara, Muhammad Fareez Anuar tidak dapat menambah satu lagi pingat buat kem negara. Ini selepas beliau tewas kepada musuh ketat Liek Hou dari Indonesia, Dheva Anrimusthi untuk penentuan pingat gangsa.

Dheva bangkit daripada ketinggalan pada set pertama untuk menewaskan Fareez dengan keputusan 17-21, 21-19, 21-12.

Meskipun tidak dapat meraih pingat dalam kempen Paralimpik sulungnya, Fareez masih boleh berbangga kerana berjaya melepasi cabaran Kumpulan B yang dilabel ‘Kumpulan Maut’.

Advertisements

Ini kerana beliau berada dalam kumpulan sama dengan Dheva, pilihan kedua dari Chinese Taipei, Fang Jen-Yu dan wakil Jepun, Taiyo Imai. Menariknya, ketiga-tiga pemain ini menjadi mangsa Fareez sehingga beliau diberi jolokan The Giant Slayer.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram