Ads
Asia Tenggara
PSM Makassar

Aksi ke-14 saingan Liga 1 Indonesia hari ini melibatkan pertembungan antara pasukan PSIS Semarang dan PSM Makassar. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Jatidiri Semarang menyaksikan pasukan tuan rumah berjaya mengutip tiga mata mengatasi pasukan lawan.

Advertisements

Separuh masa pertama berakhir dengan dua gol berjaya dicetak pasukan PSIS Semarang.

Advertisements

Gol pembukaan perlawanan dihasilkan menerusi Paulo Gali Freitas. Percubaan cantik Gali pada minit ke-29 permainan gagal diselamatkan penjaga gol PSM Makassar, Reza Arya.

Advertisements

Advertisements

Sebelum tamat aksi separuh masa pertama, PSIS Semarang menggadakan jaringan menerusi pemain import, Vitinho. Vitinho melepasi kawalan pertahanan PSM dengan satu larian kencang sebelum melepaskan rembatan deras mengegar jaring.

Separuh masa pertama tamat, PSIS Semarang 2-0 PSM Makassar.

Advertisements

Bersambung aksi di babak kedua permainan, pengendali PSM, Bernardo Tavares mula melakukan pertukaran pemain untuk memecah kebuntuan. Beberapa peluang terhidang buat PSM Makassar namun disiplin pertahanan anak buah Gilbert Agius menggagalkan peluang pasukan pelawat.

Pemain gantian PSM Makassar, Kenzo Nambu akhirnya mencatat nama sebagai penjaring pada minit ke-66 permainan untuk gol pertama PSM. Jaringan tersebut bagaimanapun tidak cukup untuk menyamakan kedudukan.

Aksi tamat, PSIS Semarang 2-1 PSM Makassar.

Advertisements

Perlawanan tumpuan seterusnya bakal menyaksikan pertembungan antara wakil Indonesia, PSM Makassar bertemu wakil dari Malaysia, Sabah FC di pentas Piala AFC 2023. Aksi tersebut dijadualkan berlangsung di Stadium Kapten Wayan Dipta, pada Khamis 5 Oktober 2023.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram