Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Kemenangan bermakna menentang Ulsan semalam telah membuka lembaran baharu buat perjalanan bola sepak Malaysia khususnya Johor Darul Tazim (JDT).

Persembahan memukau para pemain Harimau Selatan untuk terus berjuang sehingga ke penghujung wisel penamat membuahkan hasil apabila pertahanan pasukan Ulsan menolak masuk bola ke gawang gol sendiri.

Kemenangan ke-4 dalam peringkat kumpulan itu menyebabkan mata keseluruhan yang diperoleh adalah sebanyak 13 mata dalam kejohanan ini.

Advertisements

Daripada 6 perlawanan yang dimainkan, pasukan kendalian Benjamin Mora berjaya untuk menang 4, seri 1 dan tewas hanya sekali kepada gergasi Jepun, Kawasaki Frontale.

Bukan itu sahaja, ini juga telah mengangkat kedudukan Malaysia dalam senarai MA Ranking selepas sebelum ini hanya berada pada kedudukan ke-7 sebelum 2 kemenangan terakhir mengubah segalanya.

Kini, Malaysia berada pada tangga ke-4 dalam zon Asia Timur selain mengekori rapat negara-negara seperti Jepun, Korea dan juga Hong Kong.

Advertisements

Ini bermaksud pungutan mata berharga ini telah pun melonjakkan kedudukan Liga Malaysia ke tangga pertama di ASEAN sekaligus mengatasi Vietnam dan Thailand.

Secara keseluruhannya, Malaysia masih berada pada kedudukan ke-10 dalam ranking Asia.

Bertitik tolak daripada kejayaan gemilang pasukan milik Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor (TMJ) ini, Malaysia bakal menerima slot tambahan di ACL iaitu sebanyak 2 pasukan bakal layak secara automatik manakala 2 lagi pasukan bakal mengharungi pusingan kelayakan.

Advertisements

Gol cantik Leandro Velazquez menerusi sepakan percuma ternyata menjadi nadi dan pencetus buat semangat luar biasa JDT sebelum pada minit-minit akhir, hantaran ke dalam kotak penalti oleh Arif Aiman gagal dikeluarkan dengan baik oleh pertahanan Ulsan sehingga menyebabkan terjadinya gol sendiri.

Ini juga menjadikan JDT selaku juara Kumpulan I dan bakal beraksi pada pusingan 16 pasukan terbaik nanti.

MA Ranking Impak Luar Biasa JDT, Kini Liga Malaysia Jadi ‘King’ Di ASEAN
Footy Ranking
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram