Liga Premier: Kelantan FC Bangkit Tewaskan Skuad Projek FAM-MSN
Dunia
Advertisements

Kelantan FC hampir dimalukan Skuad Projek FAM-MSN namun kebangkitan saat akhir perlawanan memberikan tuan rumah 3 mata penuh selepas menang 2-1 pada aksi Liga Premier di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV sebentar tadi.

Babak pertama, Kelantan FC memperoleh beberapa peluang berharga namun tiada jaringan dapat dihasilkan.

Bersambung babak ke-2, pasukan pelawat yang dibimbingi Yusri Che Lah memecah kebuntuan jaringan menerusi jaringan Azhad Harraz Arman pada minit ke-54.

Advertisements

Aksi bertenaga pemain berumur 18 tahun ini hampir menghukum pasukan tuan rumah menerusi percubaan berbahaya pada minit ke-68, namun rembatannya hanya melewati gawang Kelantan FC.

Kelantan yang tersentak dengan kelebihan jaringan Skuad Projek FAM-MSN akhirnya memperoleh jaringan penyamaan menerusi tandukan Chistos Intzidis pada minit ke-83.

Serangan bertali arus Kelantan FC akhirnya membantu pasukan terbabit memperoleh 3 mata penuh menerusi jaringan minit-minit terakhir perlawanan menerusi tandukan kemas Ismail Ibrahim pada minit ke-90.

Advertisements
https://www.youtube.com/watch?v=nowQvjI71ig
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram