Liga Super: Hamzani Omar Pacu JDT Tumbangkan Sarawak United
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Perlawanan Liga Super ini menemukan tuan rumah, Sarawak United FC yang melayan kunjungan Johor Darul Ta’zim (JDT). Perlawanan berkesudahan kemenangan berpihak kepada JDT dengan keputusan 4-0 dalam perlawanan yang dilangsungkan di Stadium Negeri sebentar tadi.

Kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan utama terbaik dalam usaha untuk memburu 3 mata berharga bagi melonjakkan kedudukan dalam Liga Super.

Aksi separuh masa pertama bermula dengan jaringan awal berjaya dihasilkan pasukan JDT. Pada minit ke-13 permainan, Hazwan Bakri membuka tirai jaringan setelah beliau menyempurnakan gol menerusi lontaran ke dalam Corbin. Sepakan Hazwan gagal diselamatkan penjaga gol Sarawak, Aquila.

Advertisements

Gol kedua menjelma buat anak didik Hamzani Omar pada minit ke-20 permainan, berpunca daripada kelekaan benteng Sarawak United yang gagal menanduk keluar bola daripada kawasan bahaya menyaksikan Bergson Da Silva pantas menjaringkan gol melalui sepakan penjuru Nazmi Faiz menewaskan Aquila.

Bersambung babak kedua, aksi dimulakan dengan serangan banyak dihalakan ke arah pasukan tuan rumah. Barisan serangan Sarawak United terus bertenaga mengasak untuk mencari jaringan penyamaan.

Barisan Harimau Selatan semakin rakus menambah jaringan dengan mengatur corak permainan terbuka apabila Hamzani Omar membawa masuk penyerang berbisa Fernando Forestieri pada minit ke-66 permainan bergandingan bersama Bergson Da Silva dan Hazwan Bakri sambil dibantu rakan sepasukan.

Advertisements

Akhirnya gerakan menarik yang direncanakan membuahkan hasil melalui jaringan ketiga buat JDT menerusi Syahmi Safari pada minit ke-79 selepas menerima hantaran jauh Forestieri sekali gus menceriakan lebih 1000 penyokong yang hadir.

Serangan JDT tidak terhenti di situ selepas Forestieri menggandakan jaringan yang ke-4 buat JDT dengan tenang pada minit terakhir permainan menerusi sepakan penalti menewaskan penjaga gol Sarawak.

Wisel penamat akhirnya ditamatkan dengan kedudukan 4-0 memihak JDT. Kemenangan ini mengukuhkan lagi kedudukan Harimau Selatan di takhta Liga Super dengan mengumpul 32 mata.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram