Liga Super: JDT Dipaksa Bermandi Peluh Sebelum Tumbangkan Kelantan United
Liga Super
Johor Southern Tigers
Advertisements

Hasrat Kelantan United untuk mengejutkan pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak menjadi kenyataan apabila mereka tewas dengan keputusan 2-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad ke-IV sebentar tadi.

JDT turun dengan gandingan Fernando Forestieri dan Diogo Luis Santo bagi merobek gawang Kelantan United dengan Bergson dan Arif Aiman berada di bangku simpanan.

JDT memulakan perlawanan dengan penguasaan penuh manakala Kelantan United yang lebih banyak bertahan menunggu masa yang sesuai untuk serangan balas.

Advertisements

Biarpun deretan peluang keemasan berjaya dicipta namun tiada jaringan berjaya dapat dihasilkan oleh barisan serangan JDT dalam separuh masa pertama yang diakhiri dengan keputusan seri tanpa jaringan.

Bersambung babak kedua, JDT membawa masuk Arif Aiman dan Bergson dalam usaha mereka mendapatkan gol pendahuluan.

Advertisements

Fernando Forestieri berpeluang meletakkan JDT di hadapan pada minit ke-64, namun rembatan leret beliau berjaya diselamatkan Shahril Saari di gawang Kelantan United.

Selepas empat hingga lima peluang dipersiakan Forestieri, penyerang dari Argentina itu akhirnya berjaya memecah kebuntuan apabila berjaya meledak pada minit ke-74 apabila beliau menyempurnakan hantaran lolos menarik dari Arif Aiman. JDT di hadapan 1-0.

Advertisements

JDT hampir menggandakan kedudukan pada minit ke-86 melalui Akhyar Rashid yang merembat deras hantaran dari Arif Aiman namun ketangkasan Shahril Saari sekali lagi menggagalkan usaha JDT untuk menambah gol.

Serangan bertali arus JDT akhirnya membuahkan hasil apabila penyerang berbisa, Bergson menambah jaringan pada minit ke-90 melalui rembatan dari luar kotak penalti.

Advertisements

Kedudukan 2-0 itu kekal sehingga tamat perlawanan sekali gus memberikan tiga mata berharga buat JDT untuk dibawa pulang ke bumi Johor. Biarpun ditewaskan, kedudukan Kelantan United tetap kekal di kedudukan ke-12 liga.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram