Liga Super: JDT Kecewakan Sabah Di Likas
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Perlawanan Liga Super ini menemukan dua pasukan teratas liga iaitu Sabah FC selaku tuan rumah yang melayan kunjungan Johor Darul Ta’zim (JDT). Perlawanan berkesudahan dengan kemenangan berpihak kepada JDT selepas menewaskan Sabah 2-1 dalam perlawanan yang dilangsungkan di Stadium Likas sebentar tadi.

Gol JDT dijaringkan oleh Fernando Forestieri (2 gol) manakala gol Sabah pula dijaringkan oleh Park Tae-su.

Sepak mula dimulakan oleh pasukan JDT dan JDT dilihat lebih menguasai perlawanan di awal permainan manakala Sabah lebih banyak bertahan. Gerak serangan JDT lebih tertumpu kepada Arif Aiman di bahagian sayap kanan.

Advertisements

Leandro Velazquez hampir memberikan pendahuluan buat JDT pada minit ke-8 namun rembatan beliau berjaya diselamatkan oleh Khairul Fahmi Che Mat.

Sabah mempunyai peluang keemasan pada minit ke-17 melalui Gary Steven Robbat namun rembatan derasnya berjaya ditepis Farizal Marlias.

Sabah akhirnya berjaya dihadapan pada minit ke-19 melalui rembatan deras Park Tae-su sekali gus menjadikan kedudukan 1-0 memihak Sabah.

Advertisements

JDT tidak menunggu lama untuk menjaringkan gol penyamaan selepas pada minit ke-26, Fernando Forestieri menyudahkan hantaran dari Arif Aiman sekali gus menyamakan kedudukan menjadi 1-1.

Tiada tambahan jaringan selepas itu menyaksikan separuh masa pertama ditamatkan dengan kedudukan terikat 1-1.

Bersambung babak kedua, JDT seperti biasa menguasai perlawanan namun benteng pertahanan Sabah berjaya mematahkan serangan dari JDT.

Advertisements

Perlawanan kerap kali dihentikan oleh pengadil perlawanan dek kerana beberapa siri kekasaran yang dilakukan oleh pemain kedua-dua pasukan.

Amri Yahyah hampir mengejutkan Farizal Marlias selepas melepaskan rembatan jarak jauh pada minit ke-75 namun rembatannya berjaya diselamatkan Farizal.

Fernando Rodriguez mempunyai peluang keemasan pada minit ke-78 selepas beliau menanduk hantaran dari Arif Aiman namun Khairul Fahmi berjaya menepisnya dengan cemerlang sekali.

Advertisements

Ketika masa kecederaan, terdapat insiden pergaduhan di antara Jose Embalo dan Leandro Velazquez namun berjaya dileraikan.

Forestieri akhirnya menjaringkan gol kemenangan melalui sepakan percuma pada minit ke-95 sekaligus ianya merupakan gol kemenangan JDT.

Perlawanan akhirnya ditamatkan dengan kedudukan 2-1 memihak JDT. Keputusan ini mengekalkan JDT di takhta Liga Super dengan mengumpul 26 mata manakala Sabah kekal di tangga kedua liga dengan mengumpul 22 mata.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram