Liga Super: Kedah Aibkan Kelantan Di Laman Lawan
Liga Super
Kedah Darul Aman FC
Advertisements

Kedah Darul Aman FC menepati ramalan dengan mudah menewaskan Kelantan FC dalam aksi Liga Super 2023 yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV.

Keadaan padang yang basah dan bertakung akibat hujan dilihat tidak sedikitpun merencatkan permainan pasukan Kedah untuk terus melancarkan serangan ke arah kubu gol pasukan Kelantan dari awal permainan.

Seawal minit kelima, pengadil menghadiahkan sepakan penalti kepada Kedah selepas bola terkena tangan pemain Kelantan, Rakesh Murusamy dan sepakan penalti itu mudah disempurnakan penyerang berbisa, Ifedayo Olusegun.

Advertisements

Pemain tengah Kedah, Amirbek Juraboev berpeluang menempa nama sebagai penjaring, namun jaringannya dibatalkan oleh pengadil selepas beliau dan Ifedayo berada dalam kedudukan ofsaid.

Kelantan terus dihukum apabila Kedah sekali lagi dianugerahkan sepakan penalti pada minit kedua puluh enam dan Ifedayo Olusegun mudah menjadikan kedudukan 0-2 buat pasukan pelawat.

Advertisements

Dua minit berselang, Kedah terus mengganas dengan Wan Amirul Afiq melepaskan rembatan kencang menggunakan kaki kanannya untuk menewaskan penjaga gawang muda Kelantan FC itu.

Ifedayo Olusegun melengkapkan hatrick di separuh masa pertama selepas menyambar hantaran lintang daripada pemain sayap, Parthiban Janasekaran pada minit ketiga puluh.

Advertisements

Separuh masa pertama berakhir dengan Kedah Darul Aman FC memiliki kelebihan 4 jaringan keatas pasukan Kelantan FC.

Kelantan FC yang dibarisi pemain-pemain muda dilihat cuba memberikan saingan dengan beberapa siri percubaan namun penyudah kurang tajam menyebabkan anak-anak buah Angel Alfredo Vera terus kempunan.

Advertisements

Ketua jurulatih Kedah, Nafuzi Zain melakukan beberapa pertukaran dengan memasukkan Amirul Hisyam dan Jonathan Dos Santos dalam misi terus menambah jaringan.

Pasukan Kelantan akhirnya berjaya merobek gawang Kedah pada minit ketujuh puluh tiga apabila Haziman Che Ngah berjaya memperdaya beberapa pemain pertahanan sebelum melepaskan sepakan yang menerjah gawang lawan.

Ifedayo Olusegun Arif Farhan terus menambah duka pasukan tuan rumah apabila menjaringkan gol kelima dan keenam pasukan Kedah pada minit ke-81 dan minit ke-87.

Permainan di Kota Bharu tamat dengan keputusan Kelantan FC 1-6 Kedah Darul Aman FC.

Kedah Darul Aman FC kini berada di tangga ketiga Liga Super, mengekori rapat Selangor FC di tangga kedua dan kedua-dua pasukan bakal bertemu dalam aksi liga seterusnya di Stadium Darul Aman pada 2 Disember 2023.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram