Liga Super: Kedah Bangkit Tewaskan Sarawak United
Dunia
Kedah darul Aman FC
Advertisements

Aksi Liga Super ini menemukan tuan rumah, Kedah Darul Aman FC yang melayan kunjungan Sarawak United. Perlawanan berkesudahan kemenangan berpihak kepada Kedah yang menewaskan Sarawak United dengan keputusan 3-1 dalam perlawanan yang dilangsungkan di Stadium Darul Aman, Alor Setar.

Gol-gol Kedah dijaringkan oleh Mahmoud Al-Mardi (2 gol) dan Ronald Ngah Wanja. Manakala gol tunggal Sarawak United dijaringkan oleh Uche Agba.

Perlawanan dimulakan dengan pasukan Kedah menguasai perlawanan dan seawal minit ke-8, mereka di hadapan melalui Mahmoud Al-Mardi yang melepaskan rembatan lencong dalam kotak penalti sekali gus menjadikan kedudukan 1-0 memihak Kedah.

Advertisements

Kedah meneruskan rentak menyerang dengan mereka melancarkan beberapa gerak serangan yang berjaya membelah pertahanan Sarawak.

Tiada percubaan merbahaya yang dapat dihasilkan selepas itu dan kedudukan kekal 1-0 memihak Kedah untuk aksi separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua, Kedah meneruskan penguasaan bola dengan Sarawak menantikan peluang terbaik untuk melancarkan serangan balas.

Advertisements

Hasil satu serangan balas, Sarawak akhirnya berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-54 melalui Uche Agba. Kedudukan terikat 1-1.

Sanrawat hampir mempunyai peluang keemasan pada minit ke-72 namun rembatan beliau berjaya diselamatkan Taufiq Ar Rasyid di gawang Sarawak.

Ronald Ngah akhirnya berjaya menambah jaringan buat Kedah pada minit ke-75 melalui rembatan dari luar kotak penalti.

Advertisements

Belum sempat Sarawak melancarkan serangan, Mahmoud Al-Mardi sekali lagi meledak dengan gol menarik pada minit ke-80. Gol tersebut ternyata berkelas dunia dengan sepakan lencong dari luar kotak penalti terus menerjah gawang.

Serangan Kedah berterusan manakala pasukan Sarawak dilihat bergelut untuk menguasai bola dengan tempoh yang lama.

Wisel penamat akhirnya ditiup dan kemenangan menjadi milik Kedah dengan keputusan 3-1 menewaskan Sarawak United. Kemenangan ini membolehkan Kedah naik duaanak tangga ke kedudukan ke-4 Liga Super manakala Sarawak United mengekalkan kedudukan ke-10 liga.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram