Liga Super: Kelantan Akhiri Kemarau Kemenangan, Tewaskan Negeri Sembilan
Liga Super
TRW Kelantan FC
Advertisements

Kelantan FC akhirnya berjaya meraih kemenangan kedua dalam Liga Super selepas lima bulan apabila berjaya menundukkan Negeri Sembilan FC 2-0 di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu hari ini.

Walaupun tempang tanpa kehadiran empat pemain import baru seperti yang dikongsikan wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, Kelantan FC tetap bersemangat memburu kemenangan di gelanggang sendiri.

Dan tuan rumah tidak menunggu lama menceriakan penyokong mereka apabila Leonardo Rolon menyumbat gol pertama perlawanan pada minit kedua.

Advertisements

Tersentak, skuad Rusa cuba memburu gol penyamaan. Bagaimanapun, Kelantan FC hampir menambah gol kedua menerusi Hafizan Ghazali apabila cuba melambung bola ke gawang kosong pelawat pada minit ke-11.

Penjaga gol Negeri Sembilan FC, Sikh Izhan Nazrel kemudiannya menghela nafas lega kerana percubaan pemain tengah muda skuad Kijang itu tidak menepati sasaran.

Kelegaan penjaga gol Harimau Malaya itu tidak bertahan lama apabila Rolon sekali lagi membolosi gawang Hoben Jang Hoben pada minit ke-30. Penyerang Argentina itu melepaskan rembatan jarak jauh yang terkena pertahanan pelawat sebelum menerjah jaring.

Advertisements

Bersambung pada separuh masa kedua, Negeri Sembilan FC terus bergelut mencari peluang menjaringkan gol biarpun beberapa pertukaran sudah dibuat oleh jurulatih K. Devan.

Keadaan ini tidak dibantu dengan The Red Warriors (TRW) banyak mengawal penguasaan bola dan memberi tekanan kepada pelawat setiap kali kehilangan bola.

Skuad Rusa semakin malang apabila Hariz Kamarudin dibuang padang selepas mengutip kad kuning kedua. Keputusan 2-0 kekal sehingga tamat perlawanan.

Advertisements

Kemenangan ini membolehkan TRW memintas Kuching City FC untuk menduduki tangga ke-13 liga dengan lapan mata. Sementara Negeri Sembilan FC pula kekal di tangga kesembilan dengan 21 mata.

Kemenangan ini dilihat tonik berharga buat anak-anak buah Angel Alfredo Vera bila bertemu Terengganu FC pada 14 Ogos ini. Manakala Devan pula mengharapkan anak-anak buahnya dapat bangkit bila berdepan Selangor FC pada hari yang sama.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram