Liga Super: Kelantan Darul Naim Tewas Tipis Kepada Sabah Di Kota Bharu
Liga Super
MakanBola
Sabah FC
Advertisements

Aksi Liga Super hari ini melibatkan pertembungan antara pasukan Kelantan Darul Naim dan Sabah FC. Perlawanan yang dijadualkan berlangsung di Kota Bharu menyaksikan pasukan pelawat berjaya mengutip tiga mata berharga.

Sabah dibawah kendalian Ong Kim Swee menurunkan Khairul Fahmi Che Mat untuk mengemudi benteng terakhir pasukan.

Advertisements

Aksi di separuh masa menyaksikan Sabah mendahului satu gol dihadapan. Pada minit ke-26 permainan, pertahanan Sabah Gabriel Perez berjaya melepasi pertahanan Kelantan sebelum menyumbat masuk bola ke gawang.

Lima minit selepas jaringan pembukaan terhasil, pengadil perlawanan telah menghadiahkan sepakan penalti buat pasukan Kelantan selepas bola terkena tangan bek kiri The Rhinos, Daniel Ting di dalam kawasan kotak penalti. Bagaimanapun penalti itu disia-siakan import Kelantan, Chadrack Lukombe selepas sepakan penalti beliau diselamatkan penjaga gol berpengalaman, Khairul Fahmi Che Mat.

Advertisements

Aksi di separuh masa pertama tamat dengan keputusan 1-0.

Bersambung aksi di separuh masa kedua, Ong Kim Swee pantas membuat pertukaran dengan membawa masuk pemain tengah kebangsaan, Stuart Wilkin.

Advertisements

Biarpun permainan didominasi pasukan Sabah, Kelantan berjaya menjaringkan gol penyamaan menerusi tandukan tonggak import dari Korea Selatan, Kim Gwan-ri.

Kemasukan Wilkin terus memberi nilai tambah buat pasukan pelawat apabila beliau mencatat nama sebagai penjaring. Percubaan deras Wilkin cantik menerjah ke gawang lawan seterusnya kembali meletakkan Sabah mendahului 2-1 dihadapan.

Advertisements

Pada minit ke-69 permainan, penyerang Sabah, Ramon Machado tenang membuat satu percubaan dari luar kotak penalti menewaskan penjaga gol Kelantan, Khatul Anuar.

Tak terhenti setakat itu, pemain gantian Jafri Firdaus Chew melebarkan kedudukan buat The Rhinos. Bagaimanapun jaringan itu dibatalkan selepas semakan VAR, Jafri dikesan berada dalam kedudukam offside.

Advertisements

Sebelum aksi tamat, Kelantan Darul Naim mencatat satu jaringan di masa tambahan. Jaringan Kyung Hwan Bae bagaimanapun tak cukup untuk memberi keputusan seri.

Aksi di Stadium Sultan Muhammad IV tamat dengan keputusan 3-2. Sabah berjaya membawa pulang tiga mata berharga selepas menewaskan Kelantan Darul Naim.

Advertisements

News Comments Account