Ads
Liga Super
Kelantan United FC

Kelantan terus buntu mencari kemenangan kedua dalam Liga Super musim ini. Sebaliknya, Kelantan United ceria merekodkan kemenangan pertama musim ini apabila membelasah Kelantan 4-1 dalam aksi derby Kelantan yang diadakan di Stadium Sultan Muhammad IV hari ini.

Advertisements

Sebaik sepak mula, Kijang Hijau membuka tirai jaringan menerusi Devid Silva pada minit ke-22. Empat minit kemudian, OJ Porteria menggandakan kelebihan mereka.

Advertisements

Bagaimanapun, perlawanan dihentikan selama satu jam 30 minit pada minit ke-37 selepas kilat sabung-menyabung di Stadium Sultan Muhammad IV. Selepas komisar perlawanan berpuas hati situasi sudah cukup selamat untuk disambung semula, perlawanan kembali disambung.

Advertisements

Advertisements

The Red Warriors (TRW) merapatkan jurang menerusi sepakan penalti Ismahil Akinade pada minit ke-49 separuh masa pertama. Keputusan 2-1 kekal sehingga rehat.

Sebarang peluang melihat Kijang bangkit pada separuh masa kedua meleset sama sekali. Ini selepas Porteria menyumbat gol ketiga untuk Kijang Hijau pada minit ke-61.

Advertisements

Anak-anak buah Nazrulerwan Makmor makin selesa mendahului 4-1 menerusi gol Syazwan Zainol. Biarpun anak-anak buah Frank Bernhardt cuba bangkit, keputusan 4-1 kekal sehingga tamat perlawanan.

Keputusan ini melonjakkan Kelantan United ke tangga ke-12 Liga Super dengan enam mata. Manakala Kelantan berada di tangga tercorot liga dengan empat mata.

Advertisements

Selepas ini, Kelantan United bakal berdepan kunjungan Selangor di Kota Bharu pada 7 Jun. Manakala Kelantan pula berdepan Kuching City di Kuching pada 8 Jun.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram