Liga Super: Kelantan United 1-7 Selangor FC
Liga Super
Advertisements

Selangor mencatat kemenangan bergaya mengatasi Kelantan United dalam aksi Liga Super LS14 hari ini. Tuan rumah, Kelantan United terpaksa akur dengan kehebatan Gergasi Merah Kuning apabila tewas 7-1.

Babak separuh pertama perlawanan menyaksikan anak buah kendalian Tan Cheng Hoe ghairah mencipta jaringan. Seawal minit keempat permainan, kapten pasukan, Mukhairi Ajmal membuka akaun jaringan perlawanan. Penjaring terbanyak Selangor, Ayron Del Valle berjaya melepaskan satu percubaan cantik untuk gol kedua buat Selangor.

Sayap berbisa, Faisal Halim menjarakkan kedudukan apabila meledak gol ketiga buat Selangor sebelum Ayron Del Valle sekali lagi mencatat nama sebagai penjaring dengan rembatan dari luar kotak penalti.

Advertisements

Separuh masa pertama tamat, Selangor 4-0 Kelantan United.

Bersambung babak kedua permainan, Selangor terus ghairah meledak. Yohandry Orozco terus membuat Kelantan United terkulai layu di kandang sendiri apabila awang import Venezula itu menewaskan penjaga gol tuan rumah, Ilham Amirullah.

Import Kelantan United, Devid Silva akhirnya berjaya memecah kebuntuan buat pasukan tuan rumah. Sepakan penalti yang dihadiahkan pasukan Selangor setelah pengadil mengesan kekasaran yang dilakukan Syahir Bashah, telah disempurnakan Devid, menewaskan penjaga gol Selangor, Khairul Azhan Khalid.

Advertisements

Selang beberapa minit selepas itu, Ayron Del Valle melengkapkan malam gemilang Selangor apabila beliau mencatat hatrik dalam perlawanan hari ini. Ayron berjaya melepasi perangkap offside pertahanan lawan sekaligus merembat masuk bola ke gawang.

Perlawanan tamat, Selangor 7-1 Kelantan United.

Aksi seterusnya menyaksikan calon finalis Piala FA, Selangor dan Johor Darul Ta’zim akan berentap untuk perlawanan separuh akhir Piala FA di Stadium Sultan Ibrahim.

Advertisements

Kelantan United pula akan meneruskan baki aksi Liga Super berdepan Sabah pada 26 Jun 2023.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram