Liga Super: Kelantan United Pastikan Kelantan ‘Terduduk’
Liga Super
Kelantan United
Advertisements

Hasrat Kelantan FC untuk mencipta kejutan dalam perlawanan Liga Super terakhir mereka musim ini terbantut apabila ditewaskan oleh Kelantan United dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad ke-IV sebentar tadi.

Kelantan di bawah bimbingan Alfredo Vera bermula garang dengan gerak-gerak serangan merbahaya daripada pemain sayap lincah mereka, Khalaif Naskam.

Serangan demi serangan yang dilancarkan akhirnya membuahkan hasil buat Kelantan apabila mereka berada di hadapan pada minit ke-12 melalui Afif Jazimin yang menyudahkan hantaran Khalaif Naskam.

Advertisements

Ketinggalan satu jaringan, Kelantan United cuba bangkit dengan beberapa percubaan merbahaya untuk menyamakan kedudukan.

Kelibat Khalaif Naskam sekali lagi menjadi duri dalam daging buat Kelantan United apabila kelincahan pemain tersebut memaksa pemain pertahanan Kelantan United mengasarinya di dalam kotak penalti dan penalti dihadiahkan.

Afif Jazimin yang mengambil sepakan itu tidak berdepan masalah untuk menyempurnakannya sekali gus menggandakan kedudukan menjadi 2-0 memihak Kelantan.

Advertisements

Kedudukan 2-0 itu hanya kekal 4 minit apabila Hafiy Haikal berjaya merapatkan kedudukan buat Kelantan United hasil tandukan mudah pada minit ke-29.

Kedudukan 2-1 itu kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua, Kelantan United tidak perlu menunggu lama untuk menyamakan kedudukan apabila pada minit ke-49, pemain gantian, S. Sharvin yang melepaskan rembatan kaki kiri untuk menewaskan Irfan Haikal di gawang Kelantan.

Advertisements

Selang 10 minit selepas itu, S. Sharvin terus mempamerkan kebolehannya. Kali ini, beliau menyumbang bantuan gol buat Ismaheel Akinade yang mudah menyempurnakan peluang terhidang selepas dirinya tidak dikawal di dalam kotak penalti.

Pada minit ke-75, S. Sharvin sekali lagi berjaya menggegarkan gawang Kelantan apabila melepaskan rembatan deras sekali gus mengubah kedudukan menjadi 4-2 memihak Kelantan United.

Ketika perlawanan hampir ditamatkan, Royizzat Daud berjaya mencetak gol kelima Kelantan United pada waktu kecederaan melalui percubaan mudah.

Advertisements

Manakala satu minit selepas itu, Indra Putra Mahyuddin menutup perlawanan dengan jaringan keenam Kelantan United melalui sepakan percuma dan menamatkan perlawanan dengan kemenangan 6-2 buat Kelantan United.

Kemenangan besar yang dicipta Kelantan United itu tidak mengubah kedudukan mereka di tangga ke-12 liga manakala Kelantan FC menamatkan saingan musim ini di tangga tercorot liga.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram