Liga Super: KL City Tamatkan Kemarau Kemenangan, Benam Kelantan United
Liga Super
KL City
Advertisements

Aksi Liga Super ke-24 yang melibatkan pertembungan antara KL City dan Kelantan United memihak kepada tuan rumah dengan keputusan 3-0.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Cheras itu menyaksikan beberapa perubahan berlaku dalam kesebelasan utama The City Boys.

Aksi ini dikuasai sebahagian besar oleh tuan rumah yang tidak diberikan tekanan oleh Kelantan United memudahkan pasukan untuk meledak gol awal hasil gerakan kemas Romel Morales sebelum disudahkan oleh Matko Zirdum pada minit ke-21.

Advertisements

KL City hampir menggandakan kedudukan pada minit ke-35 namun rembatan deras Patrick Reichelt melambung tinggi.

Aksi babak pertama akhirnya tamat dengan keputusan. 1-0.

Bersambung babak kedua, pasukan pelawat memiliki dua peluang keemasan menerusi rembatan kencang, Ismaheel Akinade namun rembatannya berjaya diselamatkan oleh penjaga gol KL City, Azri Ghani.

Advertisements

Romel Morales hampir menjaringkan gol kedua pasukan namun tampanannya melayang ke atas palang.

Gol yang ditunggu-tunggu akhirnya menjelma apabila kapten pasukan, Paulo Josue menjadikan kedudukan 2-0 hasil tolakan mudah di hadapan gawang.

Kemasukan pemain gantian, Tchetche Kipre membuahkan hasil apabila beliau meledak gol ketiga buat KL City.

Advertisements

Keputusan kekal hingga wisel penamat dibunyikan sungguhpun pengadil memberikan tambahan masa dua minit.

KL City kini menghuni tangga ke-7 dengan 34 mata dna dipisahkan dua mata dengan pasukan Terengganu di tangga ke-6 sementara Kelantan United di tangga ke-12 dengan 14 mata.

Kelantan United akan bertemu Negeri Sembilan sementara KL City akan berdepan Kuching City bagi aksi berikutnya.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram