Liga Super: Negeri Sembilan Cemerlang Tewaskan Terengganu Di Paroi
Dunia
Unifi
Advertisements

Perlawanan Liga Super ini adalah di antara pasukan Negeri Sembilan FC selaku tuan rumah yang menentang Terengganu FC. Perlawanan berkesudahan dengan kemenangan memihak kepada Negeri Sembilan dengan keputusan 2-1 dalam perlawanan yang dilangsungkan di Stadium Paroi sebentar tadi.

Gol Negeri Sembilan dijaringkan oleh Gustavo dan Yashir Pinto manakala gol tunggal Terengganu dijaringkan Tchetche Kipre.

Perlawanan dimulakan dengan seimbang dipamerkan kedua-dua pasukan. Terengganu dilihat lebih menguasai perlawanan dan gerak serangan yang diatur juga lebih merbahaya.

Advertisements

Peluang keemasan Terengganu hadir pada minit ke-14 melalui Petrus Shitembi yang merembat deras dari dalam kotak penalti namun Syihan Hazmi cemerlang menepis percubaan tersebut.

Negeri Sembilan yang jarang melancarkan serangan terlebih dahulu di hadapan pada minit ke-18 melalui Yashir Pinto yang menyudahkan peluang terhidang di hadapan gol selepas percubaan pertama dari Che Rashid membias terkena pertahanan Terengganu.

Kedudukan itu tidak kekal lama apabila Terengganu menyamakan kedudukan selang beberapa saat selepas gol Negeri Sembilan. Gol Terengganu dijaringkan oleh Tchetche Kipre selepas bola jatuh di hadapan beliau dan beliau dengan mudah menewaskan penjaga gol untuk menyamakan kedudukan menjadi 1-1.

Advertisements

Walaupun kedua-dua pasukan melancarkan gerak serangan namun begitu tiada gol dapat dihasilkan dan kedudukan kekal terikat 1-1 sehingga tamat separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua, Negeri Sembilan dilihat lebih positif dengan beberapa gerakan untuk mendapatkan gol dan hasilnya pada minit ke-52 mereka berjaya menggandakan kedudukan kali ini melalui Gustavo yang menyudahkan bola muntah hasil kesilapan Rahadiazli di gawang Terengganu. Negeri Sembilan mendahului Terengganu 2-1.

Selepas gol tersebut terhasil, pasukan Terengganu menggandakan asakan untuk mencari jaringan namun barisan pertahanan dan penjaga gol Negeri Sembilan sangat cemerlang di posisi mereka.

Advertisements

Pemain gantian hampir menyamakan kedudukan pada minit ke-88 namun sepakan percuma yang diambil sekali lagi dapat ditepis oleh Syihan Hazmi.

Kedudukan kekal memihak Negeri Sembilan 2-1 sehingga wisel penamat ditiupkan. Kemenangan ini mengukuhkan lagi kedudukan Negeri Sembilan di tangga ke-3 Liga Super dengan mengumpul 23 mata manakala Terengganu pula kekal di tangga ke-8 liga dengan memungut 11 mata.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram